Zakat Melaka anjur seminar pengurusan harta, tauliah amil

Zakat Melaka anjur seminar pengurusan harta, tauliah amil

“Sesungguhnya zakat-zakat itu adalah hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para mualaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan ALLAH dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan ALLAH, dan ALLAH Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.

(Surah At-Taubah:60)

Seramai 148 orang dilantik sebagai Amil Syarak Zakat Harta bagi tahun 2020 di Negeri Melaka dan ditauliahkan dalam Seminar Pengurusan Harta dan Majlis Pentauliahan yang berlangsung selama 3 hari bermula 17 sehingga 19 September lalu.

Seminar dan majlis pentauliahan itu diadakan untuk memberi pendedahan ilmu kepada amil berkenaan kewajipan dan cara-cara pengiraan zakat supaya dapat disampaikan kepada masyarakat Islam di kariah masing-masing.

Ucapan aluan serta perasmian oleh Abdul Halim.

Ucapan aluan serta perasmian oleh Abdul Halim.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail, pelantikan amil di setiap kariah memberi kemudahan kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pembayaran zakat, sekali gus dapat menerapkan budaya berzakat dan menjadikan zakat sebagai suatu cara hidup.

Katanya, seminar pengurusan zakat ini perlu dalam memberi penekanan serta pengetahuan kepada amil berkaitan prosedur bagi memastikan pengurusan kewangan kutipan wang zakat di negeri Melaka ini berjalan dengan cekap, tepat serta efisien.

“Amil Zakat adalah salah satu pekerjaan yang paling mulia kedudukannya di sisi ALLAH SWT ialah sejak dari zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang. Profesion sebagai amil disebut dalam al-Quran, sebagai satu tugas dakwah mengajak masyarakat Islam melaksanakan ibadah zakat.


“Para sahabat di zaman Rasulullah SAW termasuk Umar Bin Al-Khattab, Khalid Bin Al-Walid serta Muadz Bin Jabal juga diangkat menjadi amil dan golongan-golongan amil,” katanya.

Para Amil-amil syarak daerah Jasin.

Para Amil-amil syarak daerah Jasin.

Menurut pandangan Yusof Qardawi, Amil adalah pelaksana segala urusan berkaitan zakat. Ia meliputi urusan mengira, mengutip, menyimpan, menjaga, mengawal, merekod, menyelenggara, membanci dan membahagikan wang zakat kepada asnaf yang layak.

Seseorang amil itu dikatakan bekerja dalam rangka beribadah kepada ALLAH SWT iaitu menegakkan syariat Islam, khususnya yang terkait dengan salah satu rukun Islam iaitu zakat. Amil bertugas menyedarkan masyarakat tentang kewajipan menunaikan zakat.

Seorang Amil Zakat yang benar, maka ia seperti orang yang berperang di jalan ALLAH sampai ia kembali pulang ke rumahnya.

Pengisian ilmu dan pembentangan mengenai proses mentaksir dan mengira setiap jenis zakat.

Pengisian ilmu dan pembentangan mengenai proses mentaksir dan mengira setiap jenis zakat.

Para Amil Syarak yang dilantik memainkan peranan sepenuhnya dalam menyebarkan dakwah zakat ke seluruh pelosok negeri Melaka. Pemahaman masyarakat Islam tentang pentingnya ibadah zakat dalam kehidupan seharian perlu diterapkan dalam jiwa dan diri mereka agar menjadi sebahagian daripada budaya dan kehidupan.

“Ini adalah kerana fardu zakat ini termasuk di dalam perkara asas agama Islam. Tanpa asas agama yang kukuh, akan menjadikan kehidupan masyarakat Islam itu sendiri terumbang-ambing tanpa tujuan.

“Lebih-lebih lagi zakat itu mempunyai pengaruh yang kuat di dalam pembentukan ekonomi, politik, budaya dan sosial umat Islam,” tegas Abdul Halim lagi.

Program yang berjalan selama tiga hari itu meliputi tiga daerah di negeri Melaka, melibatkan seramai 60 amil dari Melaka Tengah, 55 amil dari Alor Gajah dan 33 amil dari Jasin.

Menurut Abdul Halim, seminar pengurusan harta bagi pentauliahan Amil Syarak ini diadakan setiap tahun oleh Zakat Melaka untuk memantapkan lagi pengisian ilmu berkaitan ibadah zakat khususnya zakat harta serta memberi pentauliahan kepada amil bagi melaksanakan tugasan mengutip zakat harta.

Sekitar waktu pendaftaran Amil Syarak di negeri Melaka.

Sekitar waktu pendaftaran Amil Syarak di negeri Melaka.

Katanya, dalam hal berkaitan zakat harta, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh Zakat Melaka bagi meningkatkan kutipannya supaya dapat diagihkan semula kepada mereka yang memerlukannya.

“Para amil yang dilantik ini hendaklah menjalankan tugas dengan penuh jujur, amanah, tegas serta ikhlas dalam meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama negeri. Mereka juga layak menerima imbuhan berbentuk kadar upah mengikut bebanan kerja yang telah dijalankan.

“Amil merupakan sebahagian dari golongan Mustahik yang berhak mendapat gaji atau upah, sebagaimana pemberian zakat kepada golongan fakir, miskin, mualaf dan sebagainya. Di atas usaha serta kerja keras amil, maka ALLAH SWT memberikan imbuhan buat mereka. Mereka berhak mendapatkan harta zakat, dari jumlah harta atau wang zakat yang telah mereka kumpulkan.

Syarat-syarat sebagai amil:

  • Islam, berakal & baligh
  • Faham tentang Fiqah Zakat
  • Amil haruslah berdedikasi
  • Amil haruslah amanah & jujur



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *