X70 bakal dilengkapi DCT – Sinar Harian

X70 bakal dilengkapi DCT – Sinar Harian

PEMBUAT kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka dilancarkan 12 Februari ini bakal dilengkapi kotak gear klac berkembar (DCT) automatik tujuh kelajuan.

Kotak gear tersebut direka bagi menggantikan transmisi auto konvensional pada versi jenis import sepenuhnya (CBU).

DCT telah dibangunkan oleh Geely bersama subsidiari mereka iaitu Volvo. Ia digunakan secara meluas pada model-model terkini kumpulan syarikat tersebut.

Teknologi tersebut kini digunakan dalam pasaran bagi digandingkan dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo yang terdapat pada Volvo XC40 dan beberapa model mewah Geely yang lain.

Jika dilihat secara teknikal, ia tidak menghasilkan sebarang perubahan ketara output kuasa. Bagaimanapun penggunaan kotak gear moden tersebut mampu memendekkan jarak pecutan.

GEELY yakin penggunaan klac basah yang lebih lasak mampu mengelakkan masalah kerosakan yang berlaku sebelum ini.

GEELY yakin penggunaan klac basah yang lebih lasak mampu mengelakkan masalah kerosakan yang berlaku sebelum ini.

Secara tidak langsung gabungan enjin dan kotak gear tersebut berupaya menghasilkan lebihan daya tujahan 15 Newton meter (Nm) tork. Tujahan kuasa kini meningkat kepada 300Nm dari 1,750 hingga 4,000 putaran per minit (rpm). Namun begitu, penghasilan kuasa tetap sama iaitu 181 kuasa kuda (hp) pada 5,500rpm.

Saiz kotak gear DCT baharu itu juga hampir sama dengan kotak gear auto terdahulu, tetapi lebih ringan iaitu seberat 75 kilogram sahaja.

Selain itu, ia juga mampu menukar gear dengan kadar kelajuan lebih pantas iaitu 0.3 saat dan dapat menahan tork maksimum sehingga 330Nm.

Spesifikasi padanan enjin dan kotak gear X70 tersebut adalah unik dan eksklusif untuk Proton.

Sumber