WUIF sumbang 105 naskhah al-Quran kepada Masjid Nurul Iman

WUIF sumbang 105 naskhah al-Quran kepada Masjid Nurul Iman

SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) pada Jumaat menyumbangkan sebanyak 105 naskhah al-Quran kepada Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Puchong, Selangor yang dinaiki banjir baru-baru ini.

Penolong Pengurus WUI, Rozalina Mohamed berkata, selain pemberian al-Quran, mereka juga akan mula mengaktifkan satu sudut al-Quran di setiap masjid.

Penolong Pengurus WUI, Rozalina Mohamed

Penolong Pengurus WUI, Rozalina Mohamed

“Kita difahamkan banyak al-Quran di masjid yang rosak disebabkan banjir, jadi kita sumbangkan set ummah yang terdiri daripada tujuh naskhah al-Quran.

“Kita akan sediakan satu sudut untuk letakkan al-Quran untuk memudahkan individu lain mengaksesnya.

“Jadi orang yang datang untuk solat jemaah boleh terus baca al-Quran di situ. Kami harap ahli jawatankuasa masjid ambil inisiatif untuk aktifkan sudut ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, WUIF menyediakan 21,000 naskhah al-Quran infak bernilai RM1 juta melalui Tabung Gerakan Al-Quran bagi membantu golongan mangsa banjir di bawah program Cuci, Pulih, Iqra’ 2.0.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail (kiri) dan Qari My #Hadithtime, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ketika Program Wakaf & Infak AlQuran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah pada Jumaat.- Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail (kiri) dan Qari My #Hadithtime, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ketika Program Wakaf & Infak AlQuran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah pada Jumaat.- Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Ujarnya, WUIF berharap agak al-Quran yang tenggelam akibat banjir segera digantikan dengan al-Quran baharu berserta terjemahan.

“Sumbangan al-Quran tersebut diharapkan menjadi panduan dan sumber kekuatan dalaman bagi setiap keluarga terutama kalangan mereka yang menghadapi ujian banjir kini.

“Bagi setiap lokasi terbabit, WUIF menawarkan tiga bantuan serta kerjasama iaitu aktifkan rumah ngaji di lokasi tumpuan seperti surau atau masjid di bawah projek wakaf.

“Selain itu, kami juga akan membuat agihan al-Quran Infak dengan tema 1 Rumah 1 al-Quran di bawah projek infak dan sesi #QuranHour bersama lokasi terbabit” jelasnya.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail (tengah) menyerahankan Al-Quran Wakaf untuk Quran Corner pada Program Wakaf & Infak AlQuran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail (tengah) menyerahankan Al-Quran Wakaf untuk Quran Corner pada Program Wakaf & Infak AlQuran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah pada Jumaat. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Menurut Ketua Pegawai Penyelidik WUI, Fazrul Ismail, selain penyerahan al-Quran, mereka turut mengadakan sesi bertadabbur dengan Surah As-Sajdah, ayat 1-4 bersama qariah Masjid Nurul Iman.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Fazrul Ismail

“Alhamdulillah mereka hadir dengan penuh ceria ke program ini walaupun sebenarnya barangan lain seperti kereta banyak yang rosak, tetapi mereka masih memilih al-Quran.

“Apabila mereka dibekalkan dengan perkongsian hari ini, sebenarnya ia dapat menyedarkan bahawa al-Quran dapat memberikan hikmah secara segera untuk mereka menguatkan semangat dan bangkit semula selepas banjir ini, insya-ALLAH,” kata beliau.

Sumber