Watsons tawar produk kecantikan pada harga rendah

Watsons tawar produk kecantikan pada harga rendah

WATSONS Malaysia dengan kerjasama Lazada Malaysia telah melancarkan kempen Beauty on a Budget sempena jualan 8.8 Shophaton bermula 8 Ogos ini.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, kerjasama itu memberi manfaat kepada pelanggannya yang membeli belah di platform e-dagang berkenaan pada harga terbaik.

“Kami begitu teruja dapat bekerjasama dengan Lazada dalam usaha memberikan keselesaan membeli belah secara dalam talian dan menawarkan mata ganjaran kepada ahli kami,” katanya.

Beauty on a Budget menawarkan harga terendah untuk produk kecantikan terkemuka seperti Maybelline, Wardah dan Safi.

Melalui kempen berkenaan, pemegang kad ahli Watsons berpeluang mendapatkan 8x mata ganjaran Watson melibatkan 14 produk terpilih di Kedai Watsons yang terdapat di Lazada selain pemberian 1x mata ganjaran untuk semua pembelian dalam tempoh kempen berlangsung.

Di samping itu, mereka juga ditawarkan baucar eksklusif bernilai RM48 dan penghantaran percuma dengan pembelian bernilai RM100 dan ke atas di Kedai Watsons di LazMall pada 8 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, kempen selama sehari Beauty on a Budget merupakan permulaan kepada kerjasama jangka panjang pihaknya dengan Watsons.



Sumber