Wajah baharu Facebook menjelang 2020

Wajah baharu Facebook menjelang 2020

SATU fenomena baharu bakal tercetus apabila diumumkan Facebook Horizon akan beroperasi menjelang tahun 2020 sekali gus bakal membolehkan pengguna media sosial mengakses sepenuhnya secara realiti maya.

Perkongsian techcrunch.com itu menarik perhatian umum kerana ketika ini, interaksi pengguna masih terhad dengan dua dimensi sahaja untuk perkongsian status, gambar dan mesej palsu yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, Facebook Horizon itu dikatakan hanya boleh diakses menggunakan peranti Oculus Rift dan Quest sahaja. Seiring dengan pengumuman Horizon itu juga, Fcebook Spaces dan Oculus Room akan dihentikan operasi bermula 25 Oktober ini.

SETIAP pengguna Horizon juga akan dapat menggunakan avatar maya yang direka sendiri dengan rupa, bentuk tubuh dan pakaian tersendiri.

SETIAP pengguna Horizon juga akan dapat menggunakan avatar maya yang direka sendiri dengan rupa, bentuk tubuh dan pakaian tersendiri.

Setiap pengguna Horizon juga akan dapat menggunakan avatar maya yang direka sendiri dengan rupa, bentuk tubuh dan pakaian tersendiri.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain permainan video dan mengembara ke dunia berbeza menggunakan fungsi telepods.

Ada juga Horizon Local yang menjadi hab pertanyaan dan bantuan memandangkan pembangun boleh membina dunia mereka sendiri yang kemudiannya boleh dilawati pengguna lain.

Tidak mustahil jika satu hari nanti, aplikasi Facebook lebih kehadapan dan menjadikan dunia fiksyen sains realiti.




Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *