Usah biarkan gigi berubah warna

Usah biarkan gigi berubah warna

MALUNYA untuk senyum apabila berhadapan dengan masalah gigi berubah warna kekuningan.

Ia pastinya akan menimbulkan kebimbangan kerana boleh menjejaskan imej diri.

Perubahan warna gigi itu boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Warna gigi boleh berubah menjadi kekuningan, coklat, hitam, hijau, kelabu kebiruan dan putih legap.

ELAKKAN penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh 'mewarnakan' gigi.

ELAKKAN penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh ‘mewarnakan’ gigi.

Masalah ini berlaku kerana:

– Kerosakan gigi (karies).

– Pengambilan ubat-ubatan seperti tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak( bawah 12 tahun).

– Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi.

Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.

– Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.

– Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.

– Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.

– Pertambahan usia dan keturunan.

– Penstainan disebabkan oleh tahap kebersihan mulut yang tidak baik, makanan dan minuman (teh, kopi, wain merah, berkarbonat), penggunaan tembakau, penggunaan secara berpanjangan bahan kumur yang mengandungi klorheksidina serta tabiat suka mengunyah sirih pinang.

Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti tambahan zat besi.

Rawatan untuk mengembalikan gigi putih:

Penskaleran dan penggilapan (polishing).

– Pemutihan gigi.

– Restorasi menggunakan tampalan warna gigi atau restorasi tidak langsung (seperti venir dan korona).

– Cara pencegahan:

1. Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.

2. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

3. Elakkan penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh mewarnakan gigi.

4. Hentikan tabiat merokok

5. Cuba gunakan ubat pemutih gigi.

6. Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.

7. Kenal pasti antibiotik yang diberi kepada anak anda bagi mengelakkan daripada pengambilan tetrasiklina dan kumpulannya.

8. Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi untuk mengelakkan kecederaan gigi.

Sumber: MyHealth



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *