UMW Toyota Motor tawar program bantuan banjir

UMW Toyota Motor tawar program bantuan banjir

SHAH ALAM – UMW Toyota Motor menawarkan Program Bantuan Banjir Toyota dikhaskan kepada para pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Presidennya, Ravindran K berkata, pemilik kenderaan Toyota yang terjejas boleh bertenang dan mengamanahkannya kepada UMW Toyota Motor menerusi program itu yang menawarkan diskaun 25 peratus kepada jumlah bil yang perlu dibayar termasuk alat ganti dan kos buruh selain percuma perkhidmatan tunda kenderaan, penilaian dan juga sebut harga kos pembaikan yang merangkumi penyingkiran komponen terjejas.

“Walaupun tidak dapat sepenuhnya menanggung kerugian dan kesusahan yang dialami oleh mereka yang terlibat dengan banjir, kami berharap Program Bantuan Banjir Toyota dapat memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia.

“Pelanggan kami sangat berharga pada kami dan melalui program ini, kami ingin meringankan sebahagian daripada beban mereka, walaupun hanya sedikit untuk membantu mereka yang terjejas agar bangkit semula dengan segera.

“Kami sangat berharap mereka akan kembali pulih dan kami di Toyota sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, UMW Toyota Motor turut menawarkan Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah sifar peratus bagi pelanggan yang layak untuk mengurangkan beban mereka.

“Bagi memastikan pelanggan yang terjejas mempunyai akses bantuan dan perkhidmatan yang mereka perlukan untuk kenderaan mereka yang rosak akibat banjir, semua Pusat Servis, Badan dan Cat Toyota akan terus dibuka dalam tempoh kritikal ini,” jelasnya.

Selain itu katanya, pemilik Toyota juga boleh menghubungi 24SEVEN Road Assist Toyota yang dibuka setiap hari, 24 jam tujuh hari seminggu atau Talian Bebas Tol Toyota di talian 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA).

Katanya, maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Toyota, boleh didapati dengan melayari laman web www.toyota.com.my.

Sumber