TRIP BERSAMA FIREFLY

Kali ini kami berpeluang untuk melawat Royal Klang Town Heritage Walk. Pada pukul 9.15 pagi kami telah bertolak dari Hotel Saujana, Subang untuk pergi ke sana. Perjalanan untuk sampai ke Royal Klang Town Heritage Walk hanya mengambil masa 31 minit sahaja. Tepat pukul 9.45 pagi kami telah sampai di Royal Klang Town Heritage Walk. Royal Klang Town Heritage Walk bertujuan untuk menyerlahkan daya tarikan Klang dan tarikan unik termasuk tumpuan pemandangan penjajah, tempat ibadat, sekolah, stesen api, galeri diraja, dan gudang yang dibina oleh ketua orang Melayu tempatan di sana.

Sebagai sebuah bandar diraja dan bekas ibu kota Selangor, Klang mempunyai ciri-ciri bangunan bersejarah dan tradisional. Kuarters warisan Klang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki melalui lawatan berjalan kaki menarik yang disediakan secara percuma oleh majlis perbandaran bandaraya dan Pelancongan Selangor. Mereka telah mengenalpasti 11 tarikan pelancongan untuk berjalan kaki, termasuklah Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Little India (Jalan Tengku Kelana), bangunan bekas Bank Chartered, kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah dan gereja Our Lady of Lourdes.

Lawatan untuk Royal Klang Town Heritage Walk ini dijalankan oleh pemandu pelancong yang profesional, dengan hanya memasuki tempat-tempat yang menarik sahaja sepanjang lawatan ini. Laluan sepanjang 3km di bandaraya Klang ini agak mudah kerana laluan itu hanya di sekitar pusat bandar sahaja. Lawatan berjalan kaki ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah untuk diselesaikan dan pemandu pelancong menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara sepanjang lawatan ini. Kami telah diminta untuk memakai sepasang kasut yang selesa untuk membantu kami berjalan kaki dengan baik dan membuatkan lawatan ini menjadi satu pengalaman yang membuka mata dan menarik ini bagi kami sekumpulan mahupun penduduk tempatan dan pelancong.

Setelah selesai melawat bandar bersejarah Klang, kami meneruskan perjalanan untuk mengisi perut di restoran tempatan di Klang. Kami makan tengah hari di Restoran Warong Warisan Asli, Klang. Restoran ini menyajikan masakan pelbagai jenis bertemakan masakan kampung berasaskan ayam kampung, ulam-ulaman, kuih-muih tradisional, pelbagai jenis pilihan ikan darat seperti keli, haruan, puyu dan sepat disediakan dalam menu hidangan lengkap berbentuk ala-carte yang pastinya memenuhi citarasa pengunjung. Kehebatan masakan disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dalam penyediaan masakan kampung.

Selesai makan tengah hari di Restoran Warong Warisan Asli kami bertolak pula ke Mah Meri Pulau Carey yang terletak di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun Selangor.

Tepat pada pukul 3 petang kami tiba di satu lagi destinasi iaitu Mah Meri Pulau Carey iaitu satu perkampungan orang asli yang terletak di Kuala Langat Selangor. Mah Meri adalah kumpulan etnik yang berasal dari bahagian barat Semenanjung Malaysia. Mereka adalah salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang dinamakan oleh kerajaan Malaysia. Mereka adalah kumpulan kecil Senoi. Kebanyakan anggota suku Mah Meri tinggal di sepanjang pantai Selangor Selatan dari Sungai Pelek ke Pulau Carey, walaupun terdapat sekurang-kurangnya satu Komuniti Mah Meri di seberang Sungai Klang. Orang-orang Mah Meri di Pulau Carey terkenal di peringkat antarabangsa kerana kemahiran ukiran kayu tradisional mereka.

Ketika kami berada di perkampungan tersebut, kami telah dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan etnik di situ iaitu Tarian Jo’oh dan Tarian Topeng. Selain itu, Mah Meri terkenal dengan kraf kayu. Walaubagaimanapun,  Kraf lain juga ada untuk dijual seperti tenunan. Masyarakat etnik di sini sangat kreatif dan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menenun dan juga mengukir kayu. Maka, tidak hairan lah jika semua produk kraftangan mereka cantik-cantik belaka.  Terdapat juga beberapa kraftangan yang dijual di sini seperti dompet kecil, penanda buku, topeng dan lain-lain.Kami sempat merasai pengalaman melihat etnik ini membuat ukiran kayu.  Kami sempat juga bergambar dengan masyarakat orang asli di situ sebagai kenang-kenagan.

Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Restoran Mansion 1969 iaitu sebuah restoran yang sangat unik dan ‘’oldschool’’. Restoran dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok di sekitar restoran dan juga seni bina dan susun atur dalaman restoran yang sangat unik terasa seperti kembali ke zaman 90-an. Restoran ini menyajikan makanan tempatan, masakan fusion, makanan ringan khas, pelbagai jenis kopi yang lazat dan makanan vegetarian. Terdapat juga ruang yanf disediakan bagi meraikan pelbagai aktiviti, seperti majlis perkahwinan, jamuan, dan sebagainya.

Kami meneruskan lagi perjalanan ke Dong Zeng Tample yang terletak di Jemjarom. Kuil ini telah menjalankan Lantern Festival dan Flora tahunan selama lebih dari satu dekad dan ia menjadi salah satu acara di dalam kalendar peristiwa Negeri Selangor. Dengan menawarkan masuk secara percuma, ia telah menarik hampir sejuta pengunjung setiap tahun kerana kuil itu mempunyai daya tarikannya sendiri.

Kami sempat berjalan dan melawat bebrapa kawasan di dalam kuil ini. Apa yang kami lihat adalah di dalam kuil ini, budaya tradisi Cina telah diturunkan sepenuhnya di Kuil Dong Zen melalui banyak pembinaan dan hiasan yang mengagumkan dan canggih. Di antara semua ini, yang paling menarik, tidak dapat dilupakan adalah amalan di kuil di mana semua orang mengamalkan kasih sayang dan belas kasihan. Ia pasti menajadikan kuil ini salah satu tempat terbaik untuk dilawati! Yang lebih menariknya lagi, kuil ini mempunyai tarikan dimana terdapat cahaya lampu-lampu yang sangat menarik setanding seperti cahaya-cahaya lampu yang berada di I-City.

Dengan menelan kos hampir jutaan ringgit untuk penmabahbaikan kuil, sudah pastinya menjadikan kuil ini sebagai daya tarikan pengunjung berbilang bangsa di negara ini. Perasaan teruja dan kagum ketika memasuki ke dalam kuil tersebut kerana hiasan lampu-lampu dan keadaan kuil yang sangat pelbagai. Di samping itu, galeri seni juga mengadakan pameran yang mempamerkan artis tempatan dan daerah. Selain itu, Kuil ini juga menyediakan kelas di mana para peserta dapat belajar tentang wushu, perubatan Cina dan seni, antara lain, dengan bayaran mengikut kategori. Jangan risau, anda juga boleh mengambil gambar sebanyak mana yang anda suka tanpa dikenakan sebarang bentuk bayaran. (tapi camera sendiri lah! Heheheheh)

Hari Kedua

Sasaran Beach adalah tarikan pelancong yang unik yang hanya dapat diakses oleh pelancong dua kali sebulan, iaitu semasa bulan baru dan bulan penuh. Jika dilihat dari sudut geografi, Pantai Sasaran terletak 1.74 batu nautika dari pantai perkampungan nelayan Jeram, Selangor. Pantai Sasaran lebih dikenali sebagai “Cermin di Langit” sebagai perairan cetek dari “Pulau Rahsia” yang mencerminkan langit sepanjang masa.

Dalam pengalaman kami ini, terdapat dua jenis pakej untuk dipilih, iaitu setengah hari atau perjalanan sehari penuh. Perjalanan bermula pada waktu pagi, antara pukul 8 pagi dan 10 pagi dengan perjalanan balik yang dijadualkan antara pukul 12 malam dan 2 petang. Dalam kedua-dua pakej ini, anda juga akan melawat Pulau Angsa dan laut berdekatan. Penginapan dalam bentuk homestay boleh diaturkan berdekatan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM150 dan ke atas mengikut keselsesaan dan pilihan pengunjung untuk semalaman. Kebanyakkan homestay ini juga dilengkapi dengan penyaman udara, pemanas air dan Wi-Fi. Jika cuaca tidak sesuai untuk perjalanan bot, perjalanan akan dibatalkan dan pelawat akan mendapat bayaran balik. Anda boleh memandu sendiri untuk melawat Bukit Melawati bagi melihat Selat Melaka, Taman Alam untuk flora dan fauna, kuil India yang unik berusia 100 tahun di Bukit Rotan, Taman Seni Sasaran, Jeram Herbal Farm dan nikmati segar, makanan laut yang lazat.

Namun, kami lebih tertarik untuk memilih perjalanan setengah hari berada di Pantai Sasaran kerana dapat melawati ke tempat yang lain pula. Maka tidak perlu menempah homestay untuk beristirehat. Perjalanan kami dari Terminal Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai SkyPark Subang ke kuala Selangor mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki bas. Perjalanan kami bermula pada pukul 7 pagi dan.  Setibanya di jeti, kami terus menaiki bot untuk ke tempat yang dituju. Sedikit  tips bagi anda yang belum atau ingin pergi ke Pulau Sasaran, anda dinasihatkan untuk memakai baju yang terang dan membawa sandals atau kasut yang kalis air supaya tidak basah. Anda juga boleh membawa baju extra. Perjalanan ke Pantai Sasaran mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Setibanya di destinasi, perasaan teruja bercampur gembira melihat suasana yang sangat indah dan mengagumkan. Tanpa berlengah kami terus mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sedikit tips, waktu terbaik untuk mengunjungi pantai sasaran adalah dalam lingukan jam 8 pagi sehingga 11.30 pagi kerana cahaya matahari sangat cantik. Kesannya, anda akan mendapatkan gambar yang sangat menarik dan cantik!

Tepat pukul 10, kami bertolak ke salah satu tempat rekreasi yang bersejarah iaitu Bukit Melawati Kuala Selangor. Bagi yang belum mengetahui, Bukit Melawati merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Kedudukannya cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia. Bagi pengunjung yang ingin datang, anda TIDAK dibenarkan sama sekali untuk membawa kereta naik ke atas bukit. Tempat letak kereta ada disediakan. Ada dua pilihan untuk menaiki bukit ini sama ada dengan trem atau pun jalan kaki. Tambang untuk trem tidaklah mahal cuma RM 5.00/dewasa dan RM 3.00/kanak-kanak.

Tarikan yang paling menarik ialah pengunjung boleh melihat sejenis haiwan yang dipanggil Lutong. Lutong merupakan spesies yang berada dalam kategori ‘Hampir Terancam’. Lutong boleh dijumpai di kawasan hutan paya dan hutan tebing sungai.Namun, perkara yang sangat menakjubkan ialah kewujudan populasi Lutong Trachpithecus cristatus yang hidup dalam kelompok yang besar di Bukit Melawati Kuala Selangor. Hal ini kerana di sebelah Bukit Melawati ini terdapat Taman Alam Kuala Selangor yang memulihara hutan paya bakau.

Pada tengah hari pula, kami berhenti untuk mengisi perut yang kosong. Kami telah dibawa ke salah satu tempat makanan yang menarik iaitu Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Kami dihidangkan dengan mee udang banjir.  Mee Udang merupakan salah satu makanan yang agak popular di Kuala Selangor kerana makanaan laut seperti udang, ketam, kerang, remis mudah didapati. Jadi tidak hairanlah jika ianya sangat murah berbanding restoran yang lain hanya RM17.50 untuk satu mangkuk yang penuh degan udang!

Selepas makan tengah hari di Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam Selangor untuk melawat masjid negeri di sana. Pada pukul 1.30 petang kami tiba di masjid tersebut. Kami telah di bawa melawat di dalam kawasan masjid oleh kakitangan masjid (P.I.C). Mereka telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid yang diberi nama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak di Shah Alam ini merupakan masjid negeri di Selangor dan ia merupakan masjid terbesar di negara ini dan juga masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Pembinaan bermula pada tahun 1982 dan selesai pada 11 Mac 1988. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana kubah birunya. Bangunan itu mempunyai perbezaan kubah agama terbesar di dunia, ia mengukur diameter 51.2 m (167 kaki) dan mencapai 106.7 m (350 kaki) di atas paras bumi. Pada tahun-tahun awalnya, masjid itu telah disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai menara tertinggi di dunia sebelum rekodnya digantikan oleh Masjid Hassan II, 210 m (689 kaki) ketika struktur tersebut telah dibina pada bulan Ogos 1993. Masjid Biru (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) bagaimanapun masih mengekalkan perbezaan dengan kumpulan menara tertinggi di dunia dari paras tanah.

Ciri yang paling membezakannya ialah kubah biru dan perak yang besar. Masjid ini mempunyai empat menara, setiap satunya didirikan di setiap penjuru sudut masjid. Reka bentuk seni bina Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah gabungan gaya Melayu dan Moden. Kubah utama masjid ini berukuran 51.2 m (167 kaki) dan tinggi 106.7 m (350 kaki) dari paras bawah tanah. Ia dibina terutamanya dari aluminium. Menara-menara masjid diletakkan pada setiap empat sudut dan tinggi 142.3 m (460 kaki) adalah tertinggi di dunia kedua. Masjid ini mempunyai kapasiti untuk menampung 24,000 jemaah pada satu-satu masa dan cukup besar sehingga pada hari yang jelas dapat dilihat dari beberapa sudut pandang di Kuala Lumpur.

Kakitangan masjid juga menceritakan mengenai seni bina masjid. Mereka memberitahu unsur-unsur seni bina Melayu dan Islam dimasukkan juga ke dalam kemasan bangunan. Khat hiasan halus (kaligrafi Arab) boleh dilihat pada lengkungan dalaman kubah dan bahagian dinding. Kerja-kerja kaligrafi itu telah dilaksanakan oleh pelukis Mesir, Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Gril aluminium dengan reka bentuk rumit boleh di lihat di pintu, tingkap dan dinding masjid. Tingkap dilengkapi dengan kaca berwarna biru berfungsi untuk mengurangkan jumlah cahaya yang boleh memasuki dewan. Pencahayaan yang ditapis telah menghasilkan suasana kebiruan ke ruang dalaman yang menimbulkan rasa kedamaian dan ketenangan. Siling tinggi mempunyai panel segi tiga balau merah dan kayu-kayu ramin yang ditetapkan dalam corak penampang. Dewan solat utama adalah lebih dari dua tahap, sepenuhnya berkarpet dan berhawa dingin dan merupakan salah satu ruang terbesar di dunia. Galeri atas dewan doa disediakan untuk penggunaan bagi kaum perempuan. Tingkat kedua menempatkan galeri, lantai dasar mengandungi pejabat pentadbiran, bilik persidangan, perpustakaan, penerimaan dan bilik kuliah,

Pada pukul 3.30 petang lawatan kami telah pun selesai. Lawatan ini memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi kami. Selepas selesai lawatan, pada pukul 4 petang kami telah sampai di Hotel Saujana, Subang untuk meneruskan lagi aktiviti untuk amalm kedua iaitu “Media Mingle bersama FireFly”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *