Trak Hino buktikan ketahanan, kelasakan ‘bekerja’

Trak Hino buktikan ketahanan, kelasakan ‘bekerja’

GERGASI peneraju kenderaan komersial tempatan, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) baru-baru ini meraikan salah sebuah syarikat kurier terkemuka di Malaysia, GD Express Sdn Bhd (GDEX).

Sijil Kebolehpercayaan dianugerahkan bagi menghargai salah satu jentera Hino (dimiliki oleh GDEX) yang telah mencapai jarak perbatuan sejuta kilometer (km) tanpa perlu melalui fasa pembaikan enjin.

Difahamkan, trak Hino yang telah memulakan operasinya sejak tahun 2006 itu telah menampung perjalanan jarak jauh sekitar Ayer Keroh, Melaka dan juga beberapa kawasan di selatan tanah air.

Pengarah Urusan GDEX, Teong Teck Lean berkata, trak berkenaan bukan sahaja boleh dipercayai, malah ia juga bergantung kepada mutu perkhidmatan selepas jualan Hino yang terbaik.

“Sebagai sebuah jentera yang telah beroperasi melebihi jangka masa 10 tahun dengan jarak perbatuan mencecah 1 juta km ternyata membuktikan ketahanan dan kelasakannya bekerja.

“Perjalanan untuk sejuta kilometer tanpa perlu menjalani pembaikan enjin bukan sahaja membuktikan kebolehpercayaan trak, tetapi juga menunjukkan kredibiliti Hino sebagai satu jenama yang boleh dipercayai dan dibanggakan,” katanya.

Dengan konsep yang dibawakan oleh Hino Total Support, beliau bersetuju Hino mengutamakan dua nilai utama iaitu memaksimumkan masa upaya kenderaan dan mengurangkan kos hayat kenderaan.

Selain faktor produk boleh dipercayai, penjagaan mengikuti garis panduan ditetapkan oleh Hino termasuklah melakukan servis di pusat bertauliah dan menggunakan alat ganti tulen, juga merupakan faktor yang menjadikan trak Hino mampu bertahan lebih lama.





Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *