Tonton wayang di pawagam menyebabkan solat tak diterima?

Tonton wayang di pawagam menyebabkan solat tak diterima?

“AKU tak mahulah tonton wayang di pawagam. Orang kata, nanti solat kita tidak diterima 40 hari.”

Seringkali kita dengar ayat berkenaan dilontarkan oleh orang di sekeliling kita.

Kenyataan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati sendiri dan orang lain yang barangkali masih dalam proses ‘menggali’ ilmu agama di dada.

Adakah benar orang yang menonton wayang tidak diterima solatnya selama 40 hari? Apakah memang ada nas yang menyatakan perihal tersebut?

Dalam hal itu, asal hukum menonton wayang yang mengandungi maksiat, meruntuhkan akhlak dan meninggalkan kewajipan adalah diharamkan.

Namun, jika filem itu tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan akidah, akhlak, syariah, tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang Muslim, tiada unsur maksiat, fitnah dan syubhat, maka ia diharuskan.

Itu adalah pendapat Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr khalid Muslih dan selainnya.

Adapun, fatwa Sheikh Dr Abdul Aziz Farhan, Sheikh Dr Muhammad al-Arifi, Sheikh Dr Soleh al-Munajjid dan selainnya tidak membenarkan kerana ia mudah terdedah kepada perkara yang diharamkan syarak.

Bagaimanapun, tiada dalil khusus berkaitan tidak diterima solat seseorang selama 40 hari gara-gara menonton wayang.

Maka, eloklah ia tidak disebarkan.

Hadis yang sahih tentang tidak diterima 40 hari solat adalah mereka yang mendatangi bomoh dan minum arak seperti riwayat dalam sahih Muslim dan al-Hakim.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *