Tiga jenis ‘aroma’ kaki lelaki

Tiga jenis ‘aroma’ kaki lelaki

LELAKI disarankan supaya tidak memandang enteng aspek penjagaan diri khususnya pada bahagian kaki.

Memetik kenyataan kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Pittsburgh Medical Center di Amerika Syarikat, kaki berpeluh salah satu punca menyebabkan masalah kaki berbau.

Kelembapan pada kaki disifatkan mendorong kehadiran bakteria atau bahan kimia semula jadi yang mengeluarkan bau kombinasi ‘keju dan cuka’, ‘sulfur dan keju’ dan ‘kubis busuk serta cuka’.

Biarpun sebahagian besar jejaka menyifatkan kaki berbau bukanlah masalah utama, tetapi sekiranya tidak diatasi dan dicegah dengan segera akan menjejaskan penampilan sekali gus, menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang sekeliling.

Berikut antara tip mudah untuk mengatasi masalah kaki berbau.

1) Air suam dan garam

Rendamkan kaki di dalam bekas yang berisi air suam bersama secawan garam antara 15 hingga 20 minit. Ini disebabkan garam dapat membantu mengurangkan kelembapan dan bakteria yang melekat pada lapisan kulit kaki.

Amalan itu boleh dilakukan setiap dua atau tiga kali seminggu.

2) Air rebusan daun sirih

Selain garam, anda juga boleh merendam kaki di dalam bekas berisi air rebusan daun sirih selama 20 minit kerana daun itu mempunyai zat antiseptik.

Caranya, ambil lima helai daun sirih dan rebus menggunakan dua gelas air. Biarkan sejuk seketika sebelum dicampurkan bersama air suam di dalam sebuah bekas atau baldi.

3. Stoking kain kapas

Dari segi pemilihan sarung kaki pastikan anda memiliki stoking yang diperbuat daripada material kain kapas atau nilon.

Kedua-dua fabrik itu bertindak melindungi kaki daripada berpeluh dan ruang bernafas.

4. Jemur kasut

Kasut yang digunakan selepas aktiviti riadah atau bersukan harus dibiarkan kering di dalam kawasan bersuhu bilik bagi mengurangkan kelembapan akibat perpeluhan.

Elak jemur di bawah cahaya matahari terik kerana boleh menyebabkan kasut merekah dan reput.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *