THE PLATINUM HOTEL & SUITES – KEMODENAN & KECANTIKAN


The Hotel & Suites Platinum Sdn Bhd telah mengadakan pembukaan hotel klasik pertama di Melaka dengan kemunculan hotel & suite platinum. Tapak hotel ini yang di bina di atas tapak warisan UNESCO yang kaya dengan budaya, sejarah dan kecantikannya. The Hotel & Suite Platinum adalah koleksi klasik empat bintang pertama di bandar Melaka.

The Hotel & Suites ini mempunyai reka bentuk yang seakan seni bina neoklasik dari tahun 1950-an di mana reka bentuknya mengambarkan warisan Portugis dari Melaka. Hotel ini mempunyai 4 tingkat dan lokasinya yang sangat strategik dengan menaiki kereta selama 3 minit sahaja untuk pergi ke Pusat bandar Melaka.

Disekeliling hotel ini mempunyai kedai seperti bistro, kafe moden atau kopitiam, memudahkan sesiapa sahaja dapat mencari sesuatu yang sesuai dengan keperluan masing-masing kerana kedai-kedai tersebut tidak jauh dari satu sama lain.

Mengagumi seni bina moden yang klasik, dan sentuhan reka bentuk Peranakan-Portugis di seluruh hotel, reka bentuk di dalam setiap bilik juga mengekalkan reka bentuk yang sama. Di dalam setiap bilik juga mempunyai tingkap kaca yang pelbagai warna, hampir sama dengan reka bentuk rumah Peranakan. Tingkap yang berwarna-warni ini berperanan sebagai penarik cahaya semulajadi untuk masuk ke dalam bilik dan akan menjadikan suasana yang terang dan meriah di dalam bilik.

Hotel ini menawarkan 206 bilik yang mewah dan sangat selesa, berkeluasan dari 403.5 hingga 1,068 kaki persegi. Kesemua bilik mempunyai kelengkapan yang lengkap dan seperti kata Pengurus Besar The Platinum Hotel & Suites, pihak mereka berharap dengan reka bentuk yang sangat mewah dapat menarik perhatian orang ramai dari pelbagai latar belakang untuk datang menginap di hotel mereka dan menghayati keindahan pemandangan bandar Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *