Tesco tawar harga menarik kelengkapan sekolah

Tesco tawar harga menarik kelengkapan sekolah

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ 2020 yang menawarkan semua kelengkapan sekolah di bawah satu bumbung dengan harga berpatutan.

Pengarah Bahagian Bukan Makanan dan Pelbagai Saluran Tesco, Janice Chan berkata, sesi persekolahan tahun depan sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak dan ibu bapa kerana terlalu banyak gangguan berlaku pada sesi persekolahan tahun 2020.

Menurutnya, memahami kegembiraan dan antisipasi itu, Tesco menyediakan kepelbagaian dalam semua kategori, daripada pakaian seragam sekolah hinggalah peralatan menulis untuk memastikan murid-murid bersedia apabila sekolah dibuka semula pada Januari ini.

“Kami tahu ibu bapa dan anak-anak tentunya bersemangat untuk penggal persekolahan yang baharu, selain berharap kehidupan kembali kepada keadaan normal yang ‘lama’.

“Perbelanjaan kembali ke sekolah untuk anak-anak mungkin tinggi terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan mereka yang terjejas secara ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 yang berlarutan ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, sesuai dengan nilai ‘Setiap Bantuan Bermakna’, Tesco bekerja keras untuk memastikan barang keperluan kembali ke sekolahnya ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Janice melihat barang-barang kelengkapan sekolah yang dijual di Tesco.

Janice melihat barang-barang kelengkapan sekolah yang dijual di Tesco.

Menurutnya, bagi menangani kebimbangan yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa semasa membeli-belah di luar, pakaian, kasut dan stoking sekolah juga boleh dibeli untuk pertama kalinya di kedai rasmi Tesco menerusi Lazada.

“Ia adalah salah satu cara yang kami tawarkan, bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga kemudahan kepada semua pelanggan kami,” katanya.

Janice berkata, sempena kempen ‘Kembali ke Sekolah’, Tesco turut menyediakan set pakaian seragam sekolah rendah A-Star yang lengkap dengan tiga pasang stoking dan kasut pada harga kurang dari RM38 untuk setiap kanak-kanak.

Menurutnya, kemeja dan blaus lengan pendek A-Star Primary pula ditawarkan pada harga serendah RM9 sementara stok masih ada.

Bagi membantu ibu bapa dan anak-anak mencari saiz pakaian yang sesuai secepat mungkin, Janice berkata, Tesco menyiapkan garis panduan ukuran dalam katalog mingguan yang dapat diakses dengan mengimbas kod QR ‘Kembali ke Sekolah’ yang akan tersedia sepanjang tempoh kempen.

Tesco menyediakan set pakaian seragam sekolah rendah A-Star lengkap dengan tiga pasang stoking dan kasut pada harga kurang dari RM38 untuk setiap kanak-kanak.

Tesco menyediakan set pakaian seragam sekolah rendah A-Star lengkap dengan tiga pasang stoking dan kasut pada harga kurang dari RM38 untuk setiap kanak-kanak.

Beliau berkata, Tesco juga membawa barangan keperluan kebersihan seperti pelitup muka dan pelindung muka bersaiz kanak-kanak, cecair pembersih tangan, sabun tangan dan seumpamanya supaya anak-anak kekal sihat serta selamat semasa di sekolah.

“Ibu bapa juga akan gembira apabila mengetahui bahawa Tesco menawarkan beg galas dengan harga serendah RM10.90, manakala beg troli akan bermula dari RM49.90.

“Set Beg Galas yang merangkumi beg galas 16 inci, beg serbaguna, botol air dan kotak pensel pula hanya berharga RM79.90.

“Bekas makanan dan botol air akan dijual dari harga serendah RM2 dan RM5 masing-masing, sementara pelbagai alat tulis, buku nota dan folder terpilih akan mendapat potongan sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh kempen ini,” katanya.

Janice berkata, watak-watak popular daripada filem Frozen 2, Marvel, My Little Pony, Boboiboy, Spiderman dan unicorn mitos yang popular juga dipaparkan pada item terpilih, justeru anak-anak dapat membawa watak fiksyen kegemaran bersama mereka ke sekolah pada tahun depan.

Jelasnya, kempen ‘Kembali ke Sekolah’ Tesco akan berlangsung dari 7 Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021.

Janice menunjukkan watak-watak popular daripada filem Frozen 2, Marvel, My Little Pony, Boboiboy, Spiderman dan unicorn mitos yang dipaparkan pada item terpilih.

Janice menunjukkan watak-watak popular daripada filem Frozen 2, Marvel, My Little Pony, Boboiboy, Spiderman dan unicorn mitos yang dipaparkan pada item terpilih.

Sementara itu, katanya, Tesco kekal bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor untuk tahun kedua dalam menyediakan barangan keperluan sekolah kepada penerima zakat B40.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, penerima mendapat pakaian, kasut, stoking, beg dan alat tulis sekolah dengan hanya menyediakan MyKad mereka di cawangan-cawangan Tesco terpilih.

“Kira-kira 75,000 penerima zakat dijangka mendapat manfaat daripada kerjasama itu yang akan berlangsung dari 12 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021,” katanya.



Sumber