Terap nilai surah Al-Kahf dalam kalangan belia Malaysia

Terap nilai surah Al-Kahf dalam kalangan belia Malaysia

GOMBAK – Nilai yang terkandung dalam Surah Al-Kahf perlu diterapkan di Malaysia khususnya dalam diri kalangan belia.

Pembawa Panji Al-Kahf, Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Ghazali Daud berkata, surah berkenaan antaranya menerangkan tentang keimanan, ketakwaan dan ketahanan pemuda walaupun diburu.

“Ia perlu diaplikasikan kerana belia perlukan suntikan dan semangat dalam membela negara, mencintai keamanan dan mempertahankan perpaduan ummah. Itu antara ikhtibar dalam surah ini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas mengenai #World Quran Hour, beliau berkata, ia merupakan kempen yang bagus bagi membudayakan pembacaan, pemahaman dan mengamalkan al-Quran dalam kalangan orang Islam.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, wujud pihak menggerakannya dan menghidupkan cinta dan kasih kepada al-Quran.

“Saya rasa usaha-usaha ini akan lebih cemerlang pada masa akan datang jika semua pihak terutama kerajaan menjadikannya sebagai agenda negara,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *