Tambah pendapatan bersama IV Mist

Tambah pendapatan bersama IV Mist

JENAMA IV Mist semakin dikenali dan tidak perlu diperkenalkan lagi.

IV Mist merupakan satu-satunya minyak angin semburan yang menggunakan kaedah teknologi nano, sebelum dibotolkan dan menghasilkan zarah minyak yang lebih kecil, membolehkan ia meresap dengan lebih cepat ke dalam liang kulit dan memberi kesan serta-merta.

Menggunakan tagline, Sembur-Sembur Segar!, produk ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Disebabkan IV Mist ini sangat berkesan dalam membantu melegakan kesakitan, produk ini semakin dicari-cari pengguna.

Menurut Pengasas IV Mist, Ahmad Sidry Hussin, pihaknya membuka peluang kepada semua masyarakat untuk menjadi ahli keluarga IV Mist dengan menjadi stokis, mahupun ejen IV Mist di seluruh negara.

Katanya, mereka sudah mempunyai lebih 500 stokis dan 10,000 ejen yang aktif di seluruh negara termasuk di Brunei, Singapura dan Thailand.

IV Mist merupakan minyak angin yang bersifat aromatik, nyaman dan menyegarkan.

IV Mist merupakan minyak angin yang bersifat aromatik, nyaman dan menyegarkan.

“Keberkesanan IV Mist menjadikan produk ini sebagai pilihan utama kepada orang ramai termasuk pengguna di luar negara.

“Produk ini sangat mudah untuk dijual dan semakin dicari-cari. Oleh sebab itu, kita mahu mengajak orang ramai yang berminat untuk tambah pendapatan menjadi ejen IV Mist.

“Soal keuntungan jangan bimbang, mereka boleh peroleh hampir 40 peratus keuntungan daripada harga jualan, memang lumayan jika mereka gigih berusaha untuk tambah pendapatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Bandar Senawang di sini baru-baru ini.

Tambahnya, menjual IV Mist ini sangat mudah berikutan belian ulangannya adalah besar. Lebih 50 peratus jualan IV Mist adalah daripada mereka yang ‘repeat order’ dan ini membuktikan IV Mist adalah produk pilihan pengguna.

Katanya, dengan harga yang sangat berpatutan dan mesra pembeli, ia akan membantu ejen mahupun stokis menjaga pelanggan mereka selain mudah mencari pelanggan baru.

Jelas Ahmad Sidry, produk ini sudah berada di pasaran selama enam tahun jadi tidak susah untuk menjual IV Mist.

“Perkara yang paling penting mereka perlu rajin dan berusaha untuk menjual kerana rezeki itu tidak datang bergolek, jika rajin pasti akan mendapat hasil yang lumayan.

“Dengan bermodalkan RM200 sahaja, mereka boleh menjadi ejen IV Mist dan sudah pasti hasilnya juga lumayan dengan hanya menjual IV Mist,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan satu taman satu ejen IV Mist bagi memastikan setiap pelosok masyarakat taman perumahan di seluruh negara dapat merasai dan menikmati kehebatan IV Mist.

“Tiada yang mustahil, jika kita bekerja kuat pasti akan capai apa yang kita impikan.

“Begitu juga dengan IV Mist, keberkesanan produk ini sudah terbukti dengan kewujudan kita selama enam tahun di pasaran, kalau tidak berkesan IV Mist pasti tidak akan bertahan.

“Jadi, jangan sangsi dengan IV Mist, selain dapat membantu melegakan kesakitan, IV Mist juga dapat membantu menambah pendapatan masyarakat dengan modal yang sangat rendah,” katanya.

IV Mist adalah produk buatan tempatan yang diformulasikan daripada sembilan herba terpilih iaitu halia, safran, argan, habbatus sauda, halia bara, limau purut, minyak kelapa dara, pudina dan serai.

Bahan yang digunakan adalah berasaskan 90 peratus herba dan semula jadi, tiada barang terlarang digunakan dan selamat digunakan oleh semua lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah warga emas.

IV Mist memiliki Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi pengguna tidak perlu rasa was-was dan ia turut mesra solat.

Mereka yang berminat untuk mencuba IV Mist dan mahu menjadi ejen atau stokis, boleh menghubungi ibu pejabat IV Mist.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut boleh hubungi talian 010-7900973 atau berkunjung terus ke ibu pejabat IV Mist di IV SYNERGY SDN BHD, Nombor 349-1, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Boleh juga layari di www.ivmist.com untuk maklumat lanjut dan info berkaitan IV Mist.

Sembur- sembur segar bersama IV Mist!



Sumber