• AKTIVITI
    • Acara
    • Ekspo
    • Festival
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • DIREKTORI
    • Kompleks Membeli-belah
    • Hotel/Resort
    • Pantai
  • Hobi / Sukan
    • Aktivit Lasak
    • Hunt
    • Memancing
  • ALAM SEMULAJADI

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • Sitemap
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodie
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan

Menangi hadiah lumayan pertandingan seni lukis Malaysian Heritage: ‘A Timeless Expression’

August 1, 2019 by

BUAT mereka berbakat, rebut peluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan dengan menyertai pertandingan seni lukis yang bertemakan Malaysian Heritage: ‘A Timeless Expression’.

Pertandingan anjuran induk pelaburan swasta Malaysia, Syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd dimiliki oleh ahli perniagaan tersohor Malaysia, Ananda Krishnan itu membuka penyertaan kepada semua pelajar Malaysia di seluruh negara.

Mereka yang sedang melanjutkan pengajian tinggi berminat mahu mempamerkan bakat boleh menghantar hasil seni lukis masing-masing sehingga 15 Ogos 2019.

Tiada had bilangan hasil seni lukis yang ingin dihantar. Karya perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik; cat air; arang atau pensel atau dakwat; seni cetakan serta media campuran.

Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan menerima wang tunai RM8,000. Naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga bakal mendapat RM2,000.

Dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM500.

Sijil anugerah dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500 atau yang sama nilainya akan dihadiahkan kepada semua pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, hubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage; emel, [email protected] atau di Instagram – UT Heritage Art Competition (@heritageartcompetition)

LUKISAN menarik yang turut mendapat anugerah pada pertandingan tahun lepas.

LUKISAN menarik yang turut mendapat anugerah pada pertandingan tahun lepas.

KARYA seni Muhammad Amirul berjudul Panggilan Dari Mama memenangi hadiah pertama pertandingan tahun lepas.

KARYA seni Muhammad Amirul berjudul Panggilan Dari Mama memenangi hadiah pertama pertandingan tahun lepas.

Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: Expression, hadiah, Heritage, lukis, lumayan, Malaysian, menangi, pertandingan, seni, Timeless

Proton cari mahasiswa miliki sifat kepimpinan melalui pertandingan

June 26, 2019 by

PROTON kini sedang mencari mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti bagi mengetuai kempen pemasaran berteraskan SUV pintar pertama di Malaysia iaitu Proton X70.

Pertandingan Intelligence That Inspires Challenge dinamakan sempena slogan Proton X70 iaitu Intelligence That Inspires. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Cabaran itu antara lain akan memberi kuasa kepada pelajar universiti untuk menganjurkan kempen pemasaran berskala besar.

Para peserta berpeluang untuk belajar dengan mengalami sendiri semua aspek perlaksanaan pelan pemasaran di samping turut membolehkan mereka membina hubungan interpersonal dan menonjolkan kreativiti.

Selain itu, Intelligence That Inspires Challenge turut mengasah kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam industri automotif yang bergerak pantas. Ia telah bermula secara rasmi pada bulan April lalu dan akan berakhir pada bulan Julai nanti.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pusingan penyingkiran, separuh akhir dan pusingan akhir. Sebanyak 51 kumpulan daripada 20 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia telah mendaftar menyertainya.

Pada tahap pertama, peserta perlu merangka pelan pemasaran bagi mengekalkan kedudukan Proton X70 sebagai SUV terbaik Malaysia dan bagaimana Proton boleh mewujudkan aktiviti melibatkan orang ramai. Daripada 51 kumpulan yang bertanding, hanya 19 kumpulan akan meneruskan cabaran ke peringkat kedua.

Peringkat akhir pula bakal berlangsung pada 23 Julai di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Para peserta akan dihakimi oleh panel pakar termasuklah mereka yang arif dalam bidang pemasaran.

Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: cari, kepimpinan, mahasiswa, melalui, miliki, pertandingan, Proton, sifat

Huawei tawar USD20,000 untuk pertandingan foto kreatif

April 30, 2019 by

SYARIKAT telefon pintar berteknologi tinggi, Huawei menganjurkan pertandingan fotografi bagi mempelawa orang ramai menghasilkan gambar yang kreatif.

Dengan bertemakan ‘Huawei Rewrites Rules of Photography’, pertandingan ini berlangsung selama sebulan dari 6 April hingga 5 Mei 2019.

Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar dengan mana-mana telefon pintar Huawei yang turut disertakan watermark telefon pada gambar.

Hadiah menarik menanti pemenang antaranya Huawei P30 Pro, Huawei Nova 4, jam pintar Huawei GT dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, peserta juga boleh menggunakan gambar yang sama untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, NEXT Image Awards yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD20,000 dan pelbagai hadiah lain.

Terdapat enam kategori untuk dipilih dan pengguna perlu menghantar gambar mengikut kategori tersebut:

1. Faces

Gunakan telefon pintar Huawei anda untuk gambar eksperimen identiti dan kuasa potret. Selagi ada tumpuan muka, anda mendapat kategori ini!

2. Going to distance

Menemui tempat-tempat baru dan pengalaman baru dengan menggunakan ciri-ciri baru dari kamera telefon pintar. Anda boleh gunakan teknologi baru telefon pintar seperti lensa – tele, sudut lebar yang luas atau kanta makro. Jika anda mengembara atau bercuti, anda akan melihat pemandangan yang sesuai untuk kategori ini.

3. Hello, Life!

Berkongsi emosi atau inspirasi melalui pengalaman harian. Sama ada perkara biasa atau yang luar biasa, ada emosi dan inspirasi dalam segala-galanya di sekeliling kita.

4. Storyboard

Cerita dalam sembilan bingkai grid foto yang membawa naratif yang menarik. Anda perlu bercerita melalui lensa kamera telefon pintar Huawei.

5. #Emotion Tag

Mengekspresikan emosi melalui fotografi. Tidak semestinya harus menjadi wajah dalam kategori konseptual ini, selagi emosi ditimbulkan oleh apa pun subjek yang ditekankan. Ini juga boleh merangkumi landskap dan lain-lain jenis komposisi fotografi.

6. Life Now

Pengisahan cerita dalam masa kurang 30 saat. Anda perlu merakam video apa sahaja, tidak kisah keindahan alam atau kehidupan untuk memenangi kategori ini.

Anda hanya perlu sediakan kapsyen paling kreatif untuk menceritakan tentang gambar tersebut dan muat naik di media sosial beserta hashtag.

Orang ramai boleh memilih untuk menyertai mana-mana platform media asalkan mengikut semua syarat yang dinyatakan:

Berita Harian – Peraduan Fotografi ‘Rakam Umpama Pro’

https://www.bharian.com.my/umpamapro

Harian Metro – Jadilah Juara Gambar Huawei

https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei

The Star – #ColourfulLife Photo Contest

https://contests.thestar.com.my/colourfullife/

Sin Chew – #P30challenge

https://www.sinchew.com.my/content/content_2034018.html

Oriental Daily News – 华为手机摄影大赛

http://www.orientaldaily.com.my/s/285635

Pertandingan ini bertujuan bagi meneroka ekspresi visual dan budaya generasi akan datang melalui kanta kamera Huawei.

Para peserta boleh mengemukakan sehingga 30 gambar bagi setiap akaun. Huawei turut menyediakan hadiah saguhati untuk semua peserta pertandingan ini iaitu berupa baucer Huawei Malaysia bernilai RM50. Hanya dengan muat naik gambar, anda akan dapat baucer RM50.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Store Huawei atau Facebook Huawei.

Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: Foto, Huawei, kreatif, pertandingan, tawar, untuk, USD20000

Huawei tawar USD20,000 untuk pertandingan foto kreatif

April 22, 2019 by

Sertai pertandingan sempena Hari Imunisasi Kebangsaan 2019

April 18, 2019 by

PERTANDINGAN Foto Instagram & Facebook Hari Imunisasi Kebangsaan 2019 yang terbuka kepada orang awam akan tamat dalam masa empat hari lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta.

Caranya mudah sahaja, pastikan anda ‘like’ dan ‘follow’ Facebook (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Instagram KKM (kementeriankesihatanmalaysia).

Selepas itu, muatnaik gambar kreatif anda dengan hashtag #hariimunisasikebangsaan2019, #protecedtogether dan #vaccineswork.

Bagi pengguna Instagram, pastikan profil anda diletakkan dalam tetapan (setting) umum (public).

Sumber

Filed Under: Hobi / Sukan Tagged With: hari, Imunisasi, kebangsaan, pertandingan, sempena, Sertai

Sertai pertandingan sempena Hari Imunisasi Kebangsaan 2019

April 18, 2019 by

PERTANDINGAN Foto Instagram & Facebook Hari Imunisasi Kebangsaan 2019 yang terbuka kepada orang awam akan tamat dalam masa empat hari lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta.

Caranya mudah sahaja, pastikan anda ‘like’ dan ‘follow’ Facebook (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Instagram KKM (kementeriankesihatanmalaysia).

Selepas itu, muatnaik gambar kreatif anda dengan hashtag #hariimunisasikebangsaan2019, #protecedtogether dan #vaccineswork.

Bagi pengguna Instagram, pastikan profil anda diletakkan dalam tetapan (setting) umum (public).

Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: hari, Imunisasi, kebangsaan, pertandingan, sempena, Sertai

Carian

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On YoutubeVisit Us On InstagramVisit Us On Pinterest

Subscribe

Subscribe

Kategori

Recent Posts

  • Jom JUMPA @ Sungei Wang!
  • Tahu apa itu driver komputer?
  • TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki
  • Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap
  • IBN Highlands City

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • Johor Media Trip Malaysia
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

RSS RSS Feed

  • Jom JUMPA @ Sungei Wang!
  • Tahu apa itu driver komputer?
  • TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki
  • Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap
  • IBN Highlands City

Tags

alQuran Anak baharu bantu berbanding boleh buat bukan cara dalam dan dengan di dibuka dolar guna hari ibu ini Islam jadi Jangan ke kepada ketika kita lancar lebih lelaki makanan Malaysia mudah orang pada perlu QuranHour rendah Ringgit rumah tawar tidak Tip untuk Wanita yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Lifestyle Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in