Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • DESTINAASIA
    • INFO destinaasia
    • Sitemap
    • Hubungi Kami
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodster
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan 2014
  • AKTIVITI
    • Acara
    • Festival
    • Ekspo
    • Review / Launching
    • Hobi / Sukan
      • Aktivit Lasak
      • Hunt
      • Memancing
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • ALAM SEMULAJADI
  • MAKANAN
  • TRAVELOG
  • TIPS
  • VLOG

Kediaman RM275,000 di Segitiga Emas, KL

by Leave a Comment

MEMILIKI kediaman yang memenuhi citarasa adalah impian setiap orang.

Tidak sekadar menjadikannya tempat tinggal, sebuah rumah sebenarnya merangkumi pelbagai aspek kehidupan kerana kediaman adalah jantung kepada setiap penghuninya.

Memahami kehendak dan keperluan ini, IJM Land dan Amona Development bergabung menyediakan kediaman sempurna untuk kehidupan harian khusus buat kumpulan sasar iaitu golongan profesional muda yang mahu memiliki kediaman sendiri.

Justeru, melalui pembangunan perumahan Suria Pantai, impian berada dalam sebuah rumah yang selesa dan selamat di Kuala Lumpur pada harga bukan jutaan ringgit bukan mustahil!

Penyelesaian sempurna

Menerusi projek ini, IJM Land dan Amona Development komited memberi penyelesaian sempurna bagi mengatasi kebimbangan masyarakat yang kurang mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan menawarkan kediaman di lokasi strategik tapi mampu milik.

Suria Pantai adalah projek paling ideal usahasama IJM Land dan Amona Development.

Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, apabila sesebuah bandar yang dibina mempunyai hab komersial dan pelbagai kemudahan lain, maka kos untuk mendiami kawasan tersebut menjadi lebih tinggi.

“Hal ini menyebabkan kebanyakan golongan muda kurang mampu bagi membeli kediaman di kawasan sebegitu. Namun demikian, IJM Land dan Amona Development menyokong inisiatif kerajaan iaitu Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi memenuhi keperluan generasi muda memiliki rumah mereka sendiri.

“Justeru, IJM Land dan Amona Development sepakat membangunkan perumahan Suria Pantai iaitu kediaman pada harga sekitar RM275,000,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pembangunan projek ini jelas memperlihatkan komitmen syarikat dalam menyokong usaha kerajaan membangunkan kediaman dengan harga yang berpatutan untuk generasi muda.

Terletak di Segitiga Emas Baharu

Kim See berkata, Perumahan Suria Pantai terletak di Segitiga Emas Baharu, Kuala Lumpur iaitu berdekatan laluan perhubungan sekitar 3 kilometer (KM) untuk ke Mid Valley dan 5KM ke KL Sentral.

“Nilai hartanah pembangunan di sekitar kawasan tersebut boleh mencecah jutaan ringgit. Namun, harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Ia sangat berbaloi untuk dimiliki dan tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Jelasnya, Suria Pantai bakal mendapat manfaat besar dari Persimpangan Pantai Sentral Park yang akan siap dibina pada suku keempat tahun ini di mana ia akan menghubungkan pemilik rumah ke kawasan tumpuan utama seperti KL, Petaling Jaya, Bangsar, Cheras, Subang dan Sunway.

“Dengan keseluruhan kediaman berjumlah 896 unit, Suria Pantai merupakan kediaman berkepadatan rendah menawarkan keluasan rumah berukuran 810 kaki persegi, dan memiliki ketinggian 34 tingkat yang mana setiap tingkat mempunyai 26 unit rumah.

“Ia direka dengan menawarkan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bagi memenuhi keperluan setiap pembeli rumah sama ada golongan bujang profesional, pasangan berkahwin mahupun mereka yang sudah berkeluarga. Setiap unit datang dengan satu ruang parkir bertutup. Kediaman ini juga akan mempunyai kemudahan lain antaranya kolam renang, taman permainan, dan dewan serbaguna untuk pelbagai aktiviti,” katanya.

Selain itu katanya, penghuni akan mendapat jaminan servis keselamatan daripada pemaju menerusi perkhidmatan pengawal keselamatan bagi kediaman.

‘Bonus’ kepada pencinta alam

Berada berdekatan Taman Rimba Bukit Kerinchi, sebuah rizab hutan seluas 80 hektar di pinggir kawasan perumahan menjadikan Suria Pantai antara kawasan tumpuan.

Kim See berkata, keberadaan kawasan hijau rizab berkenaan bakal memberi keseronokan tersendiri kepada pencinta alam untuk melakukan aktiviti riadah seperti mendaki bukit, jogging, dan berbasikal sambil menikmati suasana damai dengan kehijauan khazanah hutan yang masih tersimpan.

“Justeru, Bukit Kerinchi pastinya menjadi pilihan untuk penduduk lari sebentar daripada kesibukan kota. Berada di dalam kediaman Suria Pantai, penghuni akan bangun tidur ditemani udara pagi serta kicauan burung yang memberikan ketenangan sebelum memulakan hari.

“Persekitaran semula jadi yang mampu menyediakan udara segar cukup untuk menjauhkan penghuni daripada hiruk-pikuk kota. Persekitaran sebegitu, meluangkan masa bersama yang tersayang menjadi lebih bermakna. Pemilik rumah pasti gembira berada berdekatan alam semula jadi dengan

kemudahan antaranya pusat beli-belah, institusi pendidikan, hospital dan klinik, pasar raya, hotel, kelab golf dan taman rekreasi,” katanya.

Segala-galanya tersedia

Tambahnya, pemilik rumah yang mempunyai anak-anak boleh menarik nafas lega kerana terdapat beberapa sekolah berdekatan iaitu SK Bangsar dan SMK Seri Pantai dengan jarak kira-kira 2KM dari Suria Pantai.

“Selain itu, berada berdekatan pusat membeli-belah seperti Mid Valley, KL Gateway, Aeon Prime serta kemudahan bank membantu memudahkan urusan harian

“Perumahan ini juga terletak secara strategik berhampiran stesen kereta api laluan LRT dan KTM seperti stesen KL Sentral, stesen LRT Universiti dan stesen KTM Pantai Dalam.

Kemudahan lain yang berdekatan termasuklah institusi pendidikan seperti Universiti Malaya serta pusat penjagaan kesihatan seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Perubatan Pantai dan Hospital Columbia.

“Individu dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM10,000 atau gabungan pendapatan isi rumah tidak lebih RM15,000 layak memiliki kediaman ini dengan syarat mereka kini bekerja dan menetap di Wilayah Persekutuan.

Pembangunan hartanah ini kini dibuka untuk pendaftaran melalui portal rasmi Suria Pantai dan bakal pembeli boleh berkunjung ke galeri jualan, Galeri ICE Pantai Sentral Park di Jalan Pantai Sentral Kuala Lumpur,” katanya.



Sumber

Filed Under: Hotel/Resort Tagged With: di, emas, kediaman, KL, RM275000, Segitiga

Pemilik rumah usah ambil mudah, insuranskan kediaman anda!

by Leave a Comment

RUMAH umpama jantung kepada penghuninya. Ramai yang mengatakannya sedemikian.

Namun, dengan melihat harga hartanah terus meningkat kini, rumah juga adalah suatu tempat di mana kebanyakan wang dilaburkan!

Kelengkapan dapur yang canggih, sistem hiburan rumah terkini dan kelengkapan bilik mandi itu semua melibatkan kos.

Dengan begitu banyak simpanan digunakan untuk membeli sebuah rumah, adalah sesuatu yang wajar juga mencari jalan untuk melindunginya tidak kiralah daripada kejadian buruk alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran mahupun akibat khianat jenayah seperti kecurian.

Kejadian ini pastinya mendatangkan malapetaka kepada pelaburan terbesar yang dilakukan demi memiliki sebuah rumah.

Justeru, jika ingin melindungi kepentingan kewangan yang dilaburkan demi kediaman dimiliki, pertaruhan terbaik adalah mendapatkan insurans rumah.

Apakah insurans rumah?

Insurans rumah adalah sejenis insurans harta yang melindungi rumah serta kandungannya terhadap kerugian atau kerosakan. Dengan insurans rumah ia juga diliputi oleh liabiliti terhadap kemalangan di dalam rumah atau harta pemilik.

Di Malaysia, terdapat tiga jenis polisi insurans rumah utama yang perlu diketahui iaitu:

1. Polisi kebakaran asas: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan.

2. Polisi rumah: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya

3. Polisi isi rumah: Ia melindungi harta dan kandungannya terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya. Dasar ini juga menyediakan liputan bagi anggota rumah yang diinsuranskan jika mereka cedera secara luka.

Usah tergesa-gesa, sebaliknya bertenang

iproperty.com menerusi kajiannya bertajuk ‘Panduan pemula untuk membeli insurans rumah di Malaysia’ menyatakan, terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan mengenai insurans rumah di Malaysia.

Ini kerana berfikir untuk menginsuranskan rumah jangan hanya membeli polisi secara ‘asal ada’ semata-mata kerana risiko mendapat perlindungan yang salah besar kemungkinan boleh terjadi. Sebaliknya, perlu bertenang usah tergesa-gesa kerana ada beberapa langkah yang perlu diberi perhatian sebelum menginsuranskan rumah di Malaysia:

Anggarkan nilai yang diinsuranskan:

Pastikan bahawa ia dijamin dengan secukupnya setiap masa. Langkah pertama untuk memastikan perlindungan mencukupi ialah dengan memasukkan semua kos membina rumah ini boleh berlaku sama ada baru saja mengubah suai bilik mandi atau menambah lantai baharu. Pastikan memasukkan kos semua ubah suai atau peningkatan yang dibuat kepada harta kediaman pada setiap masa. Ini biasanya merupakan “nilai yang diinsuranskan” atau “jumlah yang diinsuranskan”.

Jumlah nilai yang diinsuranskan bukanlah nilai harta itu sendiri, melainkan kos untuk membina semula rumah dan menggantikan kandungannya yang rosak. Oleh itu, pastikan untuk memilih nilai yang diinsuranskan melebihi kos membina semula.

1. Memilih liputan yang betul

Adalah selamat untuk mengatakan bahawa apabila mahu menginsuranskan rumah sebenarnya bukan kesemua jenis perlindungan diperlukan hanya kerana ia boleh didapati.

Selain kebakaran dasar, pemilik rumah dan polisi isi rumah, pemilik juga boleh mendapatkan perlindungan ansuran pinjaman gadai janji, insurans penyenggaraan rumah, dan insurans tuan tanah sebagai manfaat liputan tambahan untuk keperluan khusus.

Dasar-dasar ini melindungi pemilik daripada pelbagai kerosakan yang lebih luas. Namun, pemilihan tambahan boleh dilakukan dan juga menjadikan jumlah keseluruhan premium bertambah. Oleh itu, pastikan memilih tambahan ini hanya jika benar-benar memerlukannya.

2. Memilih penanggung insurans yang betul

Memilih penanggung insurans yang betul adalah sama pentingnya dengan mendapat manfaat perlindungan yang tepat. Mulailah dengan memeriksa seberapa baik rangkaian perkhidmatan pelanggan penanggung insurans dan bagaimana mereka bersedia membantu di dalam memberi kefahaman berhubung keseluruhan dasar berfungsi.

Seterusnya, lihat sejarah penyelesaian tuntutan ditawarkan dan berapa banyak tuntutan berjaya dibayar.

Akhir sekali, lihat betapa telusnya penanggung insurans apabila ia berkaitan dengan manfaat liputan polisi dan proses penyelesaian tuntutan.

Selain itu boleh juga menggunakan nasihat mulut-ke-mulur daripada jiran, kawan, dan keluarga atau menjalankan pemeriksaan latar belakang yang mudah dalam talian berkaitan mana penanggung insurans rumah terbaik.

3. Membaca cetakan polisi dengan teliti

Tidak kira betapa baiknya kata-kata ejen insurans rumah dan tuntutan mempunyai kepentingan terbaik yang dinyatakan, jangan lupa untuk membaca terma dan syarat dasar dengan teliti. Ini termasuklah yuran dan caj berkaitan kepada pengecualian liputan dan batasan serta pastikan membaca dokumen dasar dengan teliti.

Sekiranya ada apa-apa yang tidak faham atau perlu diubah, berhubung terus dengan ejen atau pihak perantara perhubungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Boleh juga mengesahkan syarat pembaharuan dengan ejen sebelum memilih untuk membeli polisi tersebut.

4. Mengurangkan premium polisi

Mendapatkan polisi insurans rumah yang komprehensif boleh menjadi mahal. Tetapi jika telah bersedia dan melakukan sedikit kajian, pastinya bukan mustahil untuk mendapatkan kos murah.

Sebagai permulaan, jangan masukkan semua kandungan rumah di dalam dasar itu. Walaupun pemilik mahu melindungi barang-barang lama seperti perabot dan elektronik, perlu diingat bahawa penanggung insurans hanya akan mempertimbangkan kos yang disusut nilai bagi item tersebut. Ini termasuk kandungan rumah yang lama seterusnya menyebabkan premium menjadi lebih tinggi apabila mengambil polisi tersebut, namun pembayaran semasa penyelesaian tuntutan akan menjadi rendah.

Selanjutnya, cuba dan elak pilih perlindungan tambahan sebanyak mungkin kecuali perlu ini kerana ia mungkin tidak semestinya berguna dan hanya menambah kos insurans keseluruhan.

Jangan malas lakukan carian

Selain itu iproperty.com menyatakan, melabur dalam peralatan keselamatan dan keselamatan rumah boleh mendatangkan kelebihan atau ‘keajaiban’ bagi penarafan risiko anda.

“Lakukan segalanya untuk memastikan rumah anda mendapat manfaat sebanyak mungkin dengan sistem penggera pencuri, sistem pengesanan kebakaran, pengesan asap, penggera kebakaran, dan kamera keselamatan antara lain.

“Dengan cara ini, harta anda akan dianggap sebagai risiko lebih rendah dan premium insurans anda akan lebih rendah.

“Dengan itu, pastikan perlu membeli insurans rumah di Malaysia. Terdapat banyak platform perbandingan yang dapat anda temui menerusi dalam talian di mana anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai dasar dan melihat polisi mana yang sesuai dengan keperluan individu anda.

“Ingat bahawa anda juga boleh menyesuaikan dasar anda mengikut keperluan dan anggaran anda. Oleh itu, pastikan anda melakukan penyelidikan yang mencukupi sebelum menyelesaikannya,” kata peneraju portal hartanah Malaysia itu.

Pilihan insurans rumah utama di Malaysia kini

Terdapat beberapa pilihan insurans rumah utama di Malaysia terkini.

Justeru, pemilik rumah hanya perlu luangkan sedikit masa untuk meneliti semua perkara yang ditawarkan oleh dasar-dasar ini, berapa banyak kos, dan pilih pilihan yang paling sesuai dengan keperluan.

Berikut adalah beberapa pilihan insurans rumah yang boleh dilakukan penelitian:

. Cover Home Smart Allianz

. Rumah AIA A Essential

. Maybank Houseowner / Householder

. TakafulMalaysia myHouseoweners and Householders

. Great Eastern Easi-Home

. AIG Standard Home Insurance

. AmAssurance Houseowner and Householder Insurance

. Tokio Marine Houseowners / Householders

. Etiqa Houseowner and Householder Takaful

. CHUBB Insurans Rumah Saya

Sumber: iProperty.com



Sumber

Filed Under: Hotel/Resort Tagged With: ambil, anda, insuranskan, kediaman, mudah, Pemilik, rumah, usah

Myra Alam bukan sekadar kediaman

by Leave a Comment

KEDIAMAN bukanlah sekadar sebuah bangunan konkrit untuk seseorang berteduh dan menjalani rutin seharian, tapi ia lebih dari itu termasuklah sebagai tempat seseorang mengasingkan diri daripada kesibukan dunia luar.

Bayangkan ia sebagai sebuah dunia berbeza yang memberi ruang privasi untuk setiap individu dengan setiap rumah mempunyai komunitinya tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk setiap komuniti mengenal pasti kawasan perbandaran yang benar-benar bersifat mesra penghuni.

Memahami takrifan kediaman bukan sekadar rumah, OIB Group komited membangunkan projek pembangunan perumahan terbaharunya, Myra Alam.

Myra Alam merupakan produk ketiga daripada Myra selepas Myra Saujana dan Myra Meranti yang mana masing-masing terletak di Putrajaya dan Puchong.

Projek pembangunan ini memberi peluang kepada golongan muda khususnya yang sedang mencari rumah berkualiti dan mampu milik serta berdekatan dengan bandaraya.

Sementara kebanyakan rumah di pasaran dijual pada harga yang tidak mampu milik, Myra Alam menawarkan harga lebih berbaloi dengan menyasarkan golongan profesional muda berpendapatan sederhana.

Myra Alam sediakan pakar

Pengalaman membeli rumah pertama pastinya suatu hal yang menakutkan, namun dengan bimbingan pakar Myra Alam, seseorang dapat menyedari betapa mudahnya urusan membeli rumah.

Bertempat di Puncak Alam, bersebelahan bandar Damansara, Sungai Buloh dan Shah Alam, Myra Alam menawarkan bakal penghuninya suasana ketenangan dengan kehijauan pemandangan dan keindahan ekosistem di sekeliling kawasan tersebut.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra Alam, Wendy Lim berkata, selama bertahun-tahun, Puncak Alam telah menyaksikan perkembangan yang pesat dan baharu, yakni berubah daripada persekitaran berasaskan pertanian kepada kawasan perbandaran moden dilengkapi sistem jalan raya, infrastruktur dan kemudahan yang maju.

Justeru katanya, Puncak Alam kini dilihat berpotensi besar untuk menjadi sebuah bandar yang padat bakal didiami keluarga muda.

“Menyedari tuntutan umum masa kini, Myra Alam direka khas bagi memenuhi jurang dalam pasaran hartanah dengan menawarkan rumah untuk kebaikan orang ramai khususnya bagi generasi muda,” katanya.

Jelasnya, fasa pertama sebanyak 106 rumah teres sudah dibuka untuk tempahan seawal Jun lalu dan 50 peratus berjaya ditempah dengan menerima sebanyak 2,000 pendaftaran setakat ini.

“Kami positif dengan sambutan diperoleh dan yakin aset ini bakal habis dijual menjelang 2018,” katanya sambil memberitahu Myra Alam dibangunkan di kawasan tanah seluas 14.2 hektar dengan jangkaan nilai pembangunan kasar RM300 juta.

Wendy berkata, projek ini ialah sebuah pembangunan yang dirancang dengan teliti terdiri daripada 223 unit rumah teres, 364 unit kondominium dan 394 unit rumah pangsapuri, Rumah Selangorku.

“Keseluruhan projek pembangunan dijangka selesai menjelang 2023. Fasa 1 Myra Alam terdiri daripada rumah teres dua tingkat Jenis A dan Jenis B dengan saiz tanah ‘20 x 70′, dibina berukuran 1,865 kaki persegi dengan nilai harga seunit bermula serendah RM475,000.

“Ia dijangka siap pada 2021. Jenis A menawarkan 50 unit rumah dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan halaman belakang rumah bertaman sebagai ciri eksklusif.

“Jenis B pula terdiri daripada 56 unit rumah yang menekankan lebih banyak unsur ruang dan privasi. Ia diposisikan lebih sesuai untuk prospek keluarga yang lebih besar dengan dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik mandi,” katanya.

Justeru, bangga dengan tawaran rumah yang bersifat praktikal ini, Myra Alam berjanji mengutamakan ruang mampu milik tersebut khusus buat para keluarga hidup dan membesar.

Kediaman lebih besar pada harga berpatutan

Wendy berkata, kebanyakan pembeli hanya menumpukan nilai harga rumah semata-mata yang mana projek pembangunan perumahan kelihatan berskala besar pada tawaran harga lebih murah bagi setiap unit rumah.

Namun katanya, pembeli sering terlepas pandang untuk melihat dari sudut saiz kediaman yang mana ia mungkin tidak mampu menampung keluarga yang semakin berkembang.

“Tetapi Myra Alam menawarkan pembeli kediaman lebih besar pada harga berpatutan. Malah, berada berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Koridor Guthri, Lebuhraya Latar dan Lebuhraya Pantai Barat yang dijangka bakal siap tidak lama lagi.

“Bukan itu sahaja, dengan projek lebuhraya DASH yang bakal siap, penghuni hanya perlu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

“Selain lokasi, harga dan saiz yang hebat, Myra Alam menawar tema persekitaran berasaskan kehijauan. Kawasan landskap turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah gazebo ikonik yang disediakan untuk keluarga duduk di samping menikmati udara segar sementara anak-anak berseronok

di Myra’s Playland. Kedua-duanya direka khas demi menggabungkan nikmat keseronokan dan alam semula jadi,” katanya.

Gabungkan persekitaran hijau

Mengulas mengenai konsep perbandaran, Wendy berkata, pihaknya telah memikirkan bagaimana untuk menyuntikkan rasa alam semula jadi dan menggabungkan persekitaran hijau sebanyak mungkin ke dalam projek ini.

“Rumah teres biasanya tidak mempunyai banyak ruang untuk manfaat kawasan hijau, maka balkoni direka suai khas untuk pemeliharaan tumbuhan hijau.

“Sementara keselamatan adalah ciri keperluan asas pada masa ini. Oleh sebab itu, Myra Alam dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan sebagai keutamaan. Kami ingin memastikan pemilik rumah menikmati masa bersama keluarga tanpa gangguan. Ia adalah inisiatif kami sendiri sebagai pemaju. Justeru, ketiga-tiga fasa pembangunan ini dilengkapi pengawasan 24 jam oleh pengawal rondaan,” katanya.

Memberitahu lanjut, Fasa 2 merupakan kawasan pembangunan ditambah baik dari segi saiz binaan dan keluasan tanah dengan menjadikan ia sebagai kawasan perumahan terbesar Myra Alam.

“Akhir sekali Fasa 3, ialah tawaran rumah paling premium dengan unit rumah menghadap ruang hijau, landskap dan taman. Harga dan butiran lanjut mengenai kedua-dua fasa akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Sementara itu, kewujudan sekolah-sekolah di kawasan sekitar kediaman pasti menggembirakan pasangan yang mempunyai anak. Antara sekolah yang adalah termasuklah Sekolah Agama Menengah Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.

“Kedua-dua sekolah ini terletak kira-kira 10km dari kawasan kediaman. Malah, aktiviti rutin seharian lebih mudah dengan kewujudan kedai runcit dan pusat membeli-belah yang berdekatan seperti Tesco Puncak Alam, NSK Meru dan Econsave Alam Jaya.

“Lain-lain kemudahan boleh didapati termasuklah institusi pendidikan seperti UiTM Puncak Alam dan Hospital Sungai Buloh. Banyak lagi kemudahan lain diyakini bakal berkembang dalam masa akan datang,” katanya sekali gus memberitahu Myra Alam adalah pembangunan kediaman ideal bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa masyarakat Malaysia.Menyedari tuntutan umum masa kini, Myra Alam direka khas bagi memenuhi jurang dalam pasaran hartanah dengan menawarkan rumah yang untuk kebaikan orang ramai khususnya bagi generasi muda.”



Sumber

Filed Under: Hotel/Resort Tagged With: Alam, bukan, kediaman, Myra, sekadar

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On GooglePlus

Find us on Google Plus

Subscribe

Subscribe

Recent Posts

  • KWSP umum dividen, 5.9 peratus untuk Simpanan Syariah
  • Pengukuhan ringgit, harga komoditi rancakkan Bursa Malaysia
  • Ringgit dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan
  • Ikea buka outlet di utara 14 Mac ini
  • Jangan eksploitasi peranan khutbah

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Johor Media Trip Malaysia
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO

Kategori

Carian

RSS RSS Feed

  • KWSP umum dividen, 5.9 peratus untuk Simpanan Syariah
  • Pengukuhan ringgit, harga komoditi rancakkan Bursa Malaysia
  • Ringgit dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan
  • Ikea buka outlet di utara 14 Mac ini
  • Jangan eksploitasi peranan khutbah

Tags

AirAsia anda baharu bukan dalam dan Dari dengan depan di dibuka dijangka hilang Hukum ini Islam Johor Bahru ke kediaman kereta Kontrak lagi lancar lebih Malaysia minggu operasi pada Pasaran pelanggan Perodua Proton pulau pinang rendah Ringgit rumah Sabah selangor Terengganu tidak tinggi untuk Wanita X70 yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Modern Portfolio Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in