Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • DESTINAASIA
    • INFO destinaasia
    • Sitemap
    • Hubungi Kami
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodster
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan 2014
  • AKTIVITI
    • Acara
    • Festival
    • Ekspo
    • Review / Launching
    • Hobi / Sukan
      • Aktivit Lasak
      • Hunt
      • Memancing
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • ALAM SEMULAJADI
  • MAKANAN
  • TRAVELOG
  • TIPS
  • VLOG

Cruise Tasik Putrajaya

by Leave a Comment

Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Perkara pertama yang terlintas difikiran adalah “pejabat kerajaan” sekiranya singgah di Putrajaya. Popular sebagai tempat lawatan untuk murid-murid sekolah dan pelancong luar negara, ruginya sekira tidak singgah dan menikmati Cruise Tasik Putrajaya.

IMG_7618

Pemandangan Jambatan Putrajaya yang indah

IMG_7572

Suasana di dalam bot pakej Footloose & Cruise

Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan urutan spa kaki untuk pengunjung yang hadir.

IMG_7568

Tempat urutan spa kaki

Jika anda suka mendengar  muzik sambil bersantai, boleh memilih pakej Footloose & Cruise. Pakej ini adalah pakej minum petang sambil melayari Tasik Putrajaya dengan diiringi alunan muzik daripada beberapa orang artis ataupun band secara live! Harga bagi pakej ini agak berpatutan iaitu RM150 seorang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang kerana pakej ini hanya ada setiap malam Sabtu dengan minimum seramai 30 orang.

Selain dari pakej Footloose & Cruise, terdapat juga beberapa pakej yang lain, seperti pakej  Perahu Dondang Sayang yang amat popular bagi pasangan yang sedang hangat bercinta atau berbulan madu. Membawa yang tersayang ke CTP ini juga adalah pilihan yang tepat sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan! Pasangan anda pasti akan menghargai usaha anda kerana membawanya ke tempat yang romantik seperti ini.

Manakala, CTP juga menyediakan pakej Cruise & Learn yang lebih sesuai untuk pelajar sekolah ataupun universiti sambil melayari Tasik Putrajaya, dimana mereka dapat menimba ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang pelayaran. Akhir sekali, Pakej Moonlight Cruise menyajikan pemandangan indah lampu warna-warni di waktu malam dengan struktur keajaiban senibina Putrajaya.

Jenis-jenis pakej:

  • Pakej Footloose & Cruise
  • Pakej  Perahu Dondang Sayang
  • Pakej Cruise & Learn
  • Pakej Moonlight Cruise

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

Alamat              : Jeti Putra,, Jambatan Putra Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel                       :03-8888 5539
Waktu dibuka : 10:00 am – 6:00 pm

Filed Under: ATTRACTION Tagged With: cruise tasik putrajaya, CTP, putrajaya, tasik putrajaya, tempat menarik di putrajaya

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On GooglePlus

Find us on Google Plus

Subscribe

Subscribe

Recent Posts

  • Vespa Notte Edition edisi terhad untuk pasaran Malaysia
  • Pakej servis minyak enjin BMW kini di Lazada
  • Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal
  • Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
  • Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Johor Media Trip Malaysia
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO

Kategori

Carian

RSS RSS Feed

  • Vespa Notte Edition edisi terhad untuk pasaran Malaysia
  • Pakej servis minyak enjin BMW kini di Lazada
  • Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal
  • Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
  • Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac

Tags

AirAsia anda baharu bukan dalam dan Dari dengan depan di dibuka dijangka hilang Hukum ini Islam jadi Johor Bahru ke kereta Kontrak lagi lancar lebih Malaysia minggu operasi pada Pasaran pelanggan Perodua Proton pulau pinang rendah Ringgit rumah Sabah selangor Terengganu tidak tinggi untuk Wanita X70 yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Modern Portfolio Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in