• AKTIVITI
    • Acara
    • Ekspo
    • Festival
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • DIREKTORI
    • Kompleks Membeli-belah
    • Hotel/Resort
    • Pantai
  • Hobi / Sukan
    • Aktivit Lasak
    • Hunt
    • Memancing
  • ALAM SEMULAJADI

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • Sitemap
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodie
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan

‘Ada suara suruh saya pukul anak’

March 19, 2021 by

SHAH ALAM – “Jangan ambil mudah masalah kecelaruan keresahan (anxiety disorder) kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling.” Demikian luahan pesakit pesakit ‘anxiety disorder’ Nazia Suhaimi, 31, yang disahkan mengalami penyakit itu sejak Disember 2017.

Bercerita lebih lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, dia disahkan mengalami ‘major depressive’ atau ‘clinical depression’ pada Januari 2012 dan perlu mengambil ubat setiap malam.

“Ketika itu, saya masih muda dan sedang belajar, jadi saya ambil mudah dan kurang cakna tentang kesihatan mental. Malah saya ambil enteng tentang rawatan ini dan lebih parah lagi, saya berhenti menjalani rawatan dan mengambil ubat.

“Ketika itu saya fikir tak perlu makan ubat sebab kesannya akan membuatkan saya mengantuk selain mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.

Nazia berkongsi pengalamannya secara maya semasa program Wacana Al-Quran siri ke-72 yang diadakan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Wacana berkenaan dibawakan oleh CELPAD IIUM dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, IIUM CENTRIS, IIUM Disability Services Unit (DSU) dan Sahabat YADIM IIUM dengan misi MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah melalui Baca, Faham dan Amal.

Program itu turut menampilkan Ketua Kluster Psikometrik Universiti Malaya (UM), Dr Harris Shah Abd Hamid dan Muslim Chaplain / Kaunselor di Institut Jantung Negara (IJN), Khairil Anwar Abdul Latif sebagai panelis manakala Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan qari jemputan, Abdul Khair Jalil yang memperdengarkan bacaan surah Hud ayat 80 hingga 81.

Dari kiri: Fazryl, Harris Shah, Khairil Anwar dan Abdul Khair ketika program Wacana Al-Quran siri ke-72 yang diadakan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dari kiri: Fazryl, Harris Shah, Khairil Anwar dan Abdul Khair ketika program Wacana Al-Quran siri ke-72 yang diadakan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. – Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dalam pada itu, Nazia berkata, penyakit yang dialaminya itu bertambah teruk selepas dia berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Katanya, pada tahun 2016, dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam dirinya apabila mudah risau yang melampau, tidak boleh kawal perkara negatif dalam kepala, takut berjumpa orang selain mengalami simptom seperti mudah penat, susah bernafas, jantung berdegup laju dan dada seolah-olah sempit serta mudah berpeluh.

“Jadi saya ambil keputusan untuk dapatkan rawatan di klinik kesihatan sebelum dirujuk ke pakar psikiatri di hospital kerajaan. Saya bernasib baik kerana terus dirujuk tanpa menunggu temu janji seterusnya.

“Pada Disember 2017, selepas berjumpa pakar psikiatri saya disahkan mengalami ‘anxiety disorder’. Ketika itu saya mendengar bermacam-macam dalam kepala terutama bila menjaga anak-anak yang masih kecil. Bila mereka menangis, ada suara yang suruh saya pukul mereka bahkan buat perkara lebih teruk hingga boleh menamatkan nyawa riwayat seseorang.

“Sejak itu, saya ambil keputusan untuk bantu diri. Bila baca di Facebook tentang seorang sahabat yang secara terbuka berkongsi kisahnya membuatkan saya sedar yang saya tidak berseorangan dalam hal ini,” katanya.

Tambahnya lagi, selain mendapatkan rawatan dia turut berkongsi pengalamannya dengan orang ramai supaya mereka tidak mengalami masalah sepertinya.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan keluarga yang sangat memahami, banyak membantu serta memberikan sokongan padu kepada saya untuk terus berusaha keluar daripada penyakit ini.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sihat dan selepas tiga tahun mendapatkan rawatan, saya kini semakin baik.

“Jadi saya minta mereka di luar sana, tolong jangan takut untuk dapatkan rawatan, makan ubat dan jangan takut dengan persepsi orang kerana kita yang tanggung sakit, yang terpaksa lalui ‘peperangan’ dalam diri sendiri. Tolong bantu diri kalian supaya kita dapat melihat dunia ini dengan lebih indah,” katanya.



Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: ada, Anak, pukul, saya, Suara, suruh

PKP 'bongkar' kes haruan makan anak

March 19, 2021 by

SHAH ALAM – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kes jenayah yang berlaku di rumah lebih cepat terbongkar.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, ia termasuk kes haruan

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: 039bongkar039, Anak, haruan, Kes, makan, PKP

Ibu bapa, guru gagal respons punca anak terjebak pornografi

December 16, 2020 by

SHAH ALAM – Kegagalan ibu bapa atau guru untuk memberi respons kepada soalan anak atau murid berkaitan pendidikan seksualiti boleh menyebabkan mereka terjerumus ke kancah pornografi.

Sekretariat Bimbingan

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: Anak, bapa, gagal, guru, ibu, pornografi, Punca, respons, terjebak

TickTalkTV platform digital gerakan anak muda dekati al-Quran, Sunnah

December 14, 2020 by

SHAH ALAM – “TickTalkTV menjadi gerakan golongan anak muda atas platform digital bersama sokongan ibu bapa di belakang tabir untuk mendapatkan solusi kehidupan dengan bimbingan al-Quran dan hadis.”

Demikian

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: alQuran, Anak, dekati, digital, Gerakan, muda, platform, Sunnah, TickTalkTV

Ambil ilmu daripada al-Quran untuk besarkan anak OKU

December 9, 2020 by

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!



Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: alQuran, ambil, Anak, besarkan, daripada, ilmu, OKU, untuk

Anak muda muflis kerana ‘pinjaman lima serangkai’

October 29, 2020 by

SHAH ALAM – Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir menegaskan, terdapat lima faktor yang menjadi punca utama menyebabkan anak muda muflis.

Menurutnya lima

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: Anak, kerana, lima, muda, muflis, pinjaman, serangkai

Masalah anak cetus inspirasi bisnes

September 9, 2020 by

MINAT yang mendalam terhadap kesihatan tubuh manusia, terutamanya prestasi otak telah memberikan inspirasi kepada Pengarah Eksekutif Brain Story Sdn Bhd (Brain Story), Dr Rizal Abu Bakar untuk menceburi bidang perniagaan produk makanan berasaskan kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, perniagaannya yang memfokuskan penghasilan produk minuman berasaskan koko berjenama Coco OCOC pada tahun 2018 telah itu mencatatkan pelbagai kejayaan.

“Saya tidak menyangka produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan meskipun mempunyai pelbagai produk segmen yang sama dalam pasaran.

“Penghasilan produk ini adalah kajian yang saya laksanakan ketika berpeluang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Australian National University,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Bercerita mengenai detik permulaan perniagaannya itu, doktor berusia 49 tahun itu berkata, idea berkenaan tercetus ketika dua anaknya berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di Malaysia berikutan mereka dibesarkan di Australia.

“Ketika kami pulang ke Malaysia pada 2012, anak pertama saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala anak yang kedua pula menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Ia merupakan tekanan yang hebat kepada kami sekeluarga kerana kedua-dua anak kami berdepan cabaran menjalani persekitaran baharu. Anak kedua saya, Haikal yang menduduki UPSR hanya mempunyai masa dalam tempoh dua bulan untuk menguasai mata pelajaran, sekali gus menyesuaikan diri dengan budaya di Malaysia,” katanya.

Dr Rizal bersama kakitangan Brain Story di pejabat mereka di Bandar Baru Bangi, Bangi Selangor. - Foto: Izari Rosli

Dr Rizal bersama kakitangan Brain Story di pejabat mereka di Bandar Baru Bangi, Bangi Selangor. – Foto: Izari Rosli

Justeru, beliau mengambil pendekatan menggunakan pengalaman ketika berada di luar negara dengan menggunapakai kajian dilakukan untuk menghasilkan produk bagi membantu kedua-dua anaknya itu, terutamanya Haikal dengan menggunakan formulasi sendiri.

Dr Rizal bersyukur kedua-dua anaknya yang mengambil produk itu menunjukkan prestasi dan perkembangan yang positif, malah mereka turut mencatatkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Katanya, kejayaan anak-anaknya itu menyebabkan rakan-rakannya memberikan dorongan kepadanya untuk menghasilkan dan memasarkan produk tersebut.

Dr Rizal yang memulakan perniagaan berkenaan pada 2018 menggunakan modal sebanyak RM20,000.

Dengan menjalani pembangunan dan penyelidikan di Australia, beliau telah menggabungkan empat bahan utama seperti 70 peratus dark chocolate, susu kambing, gingko biloba dan gula kelapa, sekali gus mengkomersialkannya.

Dr Rizal berkata, selain anak-anaknya yang menggunakan produk berkenaan selama empat tahun, Coco OCOC juga diuji oleh UNIPEX Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Coco OCOC mempunyai enam rangkaian produk seperti minuman Coco OCOC yang didatangkan dalam varian berbeza iaitu untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas serta 3 hingga 6 tahun, OCOC gula kelapa, Vegan OCOC dan sanitasi tangan.

“Jualan produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga mencecah ke angka antara RM200,000 hingga RM350,000 sebulan yang mana 80 peratus daripada jumlah tersebut disumbangkan oleh minuman koko OCOC,” katanya.

Katanya, produk Brain Story boleh didapati di seluruh negara, Brunei dan Singapura kerana dijual secara dalam talian dan melalui 560 ejen OCOC.

Dr Rizal berkata, syarikat yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor itu juga akan mengeluarkan tiga produk baharu dalam rangkaian sama iaitu MCT Oil dan minuman Roselle yang kini masih dalam pembangunan dan penyelidikan.

“Kami mempelawa orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen. Mereka hanya perlu membayar serendah RM750 manakala untuk menjadi dropship perlu membayar RM68 sahaja.

“Kami mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menambahkan pendapatan untuk bersama kami,” katanya.

Jelasnya, ada antara ejen mereka mencatatkan jualan lima angka sebulan dan mereka yang berjaya mencatatkan jualan tertinggi akan diberikan hadiah lumayan.



Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: Anak, bisnes, cetus, inspirasi, masalah

Komik Saya Anak Malaysia kisah jatuh bangun Mydin

September 3, 2020 by

SUBANG JAYA – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tampil kreatif dengan menghasilkan sebuah komik biografi bertajuk Saya Anak Malaysia yang digarap santai bagi menceritakan kisah jatuh bangun di sebalik

Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: Anak, bangun, jatuh, Kisah, Komik, Malaysia, Mydin, saya

Pupuk tabiat anak ambil makanan sihat

May 20, 2020 by

BANYAK faedah diperoleh jika kita memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil.

Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik.

Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ia tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia dalam makanan bukan organik adalah kecil, kajian menunjukkan ia masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang.

Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4247335/).

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses.

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktik adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik.

Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.

AlceNero Alphabet Pasta

AlceNero Alphabet Pasta

Konsep makanan dari ladang ke meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100 peratus organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun,

Sayur-sayuran

Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan seronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.

Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!

AlceNero Semola Pasta

AlceNero Semola Pasta

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf Jakim.

Untuk resipi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html



Sumber

Filed Under: Hobi / Sukan Tagged With: ambil, Anak, makanan, pupuk, sihat, tabiat

Perlukah anak mengqada puasa ibu bapa yang telah meninggal dunia?

May 20, 2020 by

BERPUASA pada bulan Ramadan ialah ibadah yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam kerana ia merupakan perintah ALLAH SWT.

Meskipun begitu, ada keringanan atau rukhsah diberikan kepada mereka yang tidak mampu menunaikannya seperti orang sakit, wanita dalam pantang dan musafir.

Bagaimana pula jika ada ibu bapa yang meninggal dunia tanpa sempat individu itu menggantikan puasa yang ditinggalkannya?

Adakah anak atau warisnya perlu mengqada puasa ibu bapanya?

Menjawab persoalan itu, sekiranya si mati tidak mengqada puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya menggantikan puasa itu seperti sakit, musafir, nifas, hamil dan uzur itu berterusan sehingga meninggal dunia, maka, tidak wajib warisnya mengqada puasa atau membayar fidyah untuknya.

Bagaimanapun, jika si mati berkemungkinan boleh qada puasa yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikan, tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehinggalah dia meninggal dunia, wali atau warisnya boleh memilih sama ada mengqada puasa yang ditinggalkan oleh si mati atau membayar fidyah.

Kadar fidyah ialah satu cupak beras bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.

(Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: Anak, bapa, dunia, ibu, mengqada, meninggal, perlukah, puasa, telah, yang

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 9
  • Next Page »

Carian

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On YoutubeVisit Us On InstagramVisit Us On Pinterest

Subscribe

Subscribe

Kategori

Recent Posts

  • Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
  • Parlimen Malaysia #QuranHour hayati Surah Al-Mulk
  • Malaysia Airlines lanjutkan fleksibiliti kepada pelanggan
  • Jualan kenderaan naik 33 peratus Mac 2021: MAA
  • BNM semak semula notis pertukaran asing

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO
  • Keliru hukum wuduk apabila bersentuhan adik-beradik lelaki, ...
  • Johor Media Trip Malaysia

RSS RSS Feed

  • Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
  • Parlimen Malaysia #QuranHour hayati Surah Al-Mulk
  • Malaysia Airlines lanjutkan fleksibiliti kepada pelanggan
  • Jualan kenderaan naik 33 peratus Mac 2021: MAA
  • BNM semak semula notis pertukaran asing

Tags

alQuran Anak baharu Bank bantu berbanding boleh buat bukan Bursa cara dalam dan dengan di dibuka dolar guna hari ini Islam jadi Jangan juta ke kepada ketika lancar lebih makanan Malaysia orang pada perlu QuranHour rendah Ringgit rumah tawar tidak tinggi Tip untuk Wanita yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in