Syarikat Taiwan cari rakan niaga di Malaysia

Syarikat Taiwan cari rakan niaga di Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) mengintai peluang perniagaan dengan Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk perubatan

TAITRA bekerjasama dengan Hospital Chang Gung Memorial dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Pihak Hospital Taiwan Chang Gung Memorial merancang menubuhkan sebuah platform untuk perkongsian pengetahuan di antara Taiwan dan Malaysia.

Selain itu. mereka turut merancang menjemput pelajar perubatan dan doktor dari Malaysia untuk latihan dan promosi rawatan di Taiwan untuk pesakit tahap kritikal.

Timbalan Dekan Hospital Chang Gung Memorial, Profesor Lu Sheng Nan mengalu-alukan syarikat tempatan daripada industri kesihatan yang ingin mencari peluang kerjasama dan pelaburan di Taiwan.

Sebelum ini, pakej perubatan yang ditawarkan lebih kepada bidang kecantikan seperti pembedahan plastik. Namun perkembangan terkini dalam teknologi mereka mula menawarkan pakej perubatan yang membabitkan penyakit kronik seperti kanser dan dermatologi (kulit).

Berikutan kejayaan dalam kes penyakit kronik, semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di Taiwan.

Atas sebab melihat potensi yang ada, maka TAITRA melihat adanya keperluan meluaskan lagi peluang itu dengan merancang mewujudkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat.





Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *