Sunsuria sedia khidmat perubatan hampir dengan komuniti

Sunsuria sedia khidmat perubatan hampir dengan komuniti

Leong Yap (tengah) hadir menyempurnakan pelancaran pusat penjagaan kesihatan pertama syarikat, Sunsuria Care Hub, bersama dua pegawai
kanannya Dr Diana Tan (kiri) dan Audrey Ooi.

Leong Yap (tengah) hadir menyempurnakan pelancaran pusat penjagaan kesihatan pertama syarikat, Sunsuria Care Hub, bersama dua pegawai
kanannya Dr Diana Tan (kiri) dan Audrey Ooi.

KUMPULAN hartanah terkemuka Sunsuria Berhad (Sunsuria) melancarkan inisiatif ‘Sunsuria Care’ yang menyediakan khidmat dan sokongan perubatan asas kepada orang awam, khususnya penduduk Sunsuria City.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare, Audrey Ooi berkata, langkah memperkenal inisiatif itu tepat pada waktu kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang populasinya semakin menua.

Jelas beliau, keadaan itu telah membawa kepada trend ‘kediaman multigenerasi’.

“Situasi itu merujuk kepada sesebuah isi rumah yang mengandungi tiga atau lebih generasi yang duduk bersama di bawah satu bumbung.

“Kehidupan keluarga multigenerasi juga mewujudkan generasi ‘sandwich’ yang terdiri daripada lingkungan 30 hingga 50 tahun, kerana ada di antara mereka sudah berkahwin tetapi pada masa sama, perlu menjaga ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebagai permulaan kepada inisiatif tersebut, Sunsuria telah membuka kemudahan perubatan pertamanya, Sunsuria Care Hub, di Sunsuria City Celebration Centre.

Dr Diana Tan (tengah) memberi penerangan kepada Leong Yap (kiri) mengenai penggunaan mesin tekanan darah, antara kemudahan kesihatan yang
disediakan di Sunsuria Care Hub.

Dr Diana Tan (tengah) memberi penerangan kepada Leong Yap (kiri) mengenai penggunaan mesin tekanan darah, antara kemudahan kesihatan yang
disediakan di Sunsuria Care Hub.

Pusat tersebut akan beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum. Ia dikendalikan oleh seorang doktor dan dibantu dua jururawat.

Audrey berkata, penduduk-penduduk Sunsuria bolehlah berasa lega bahawa orang kesayangan mereka mempunyai akses terus kepada bantuan perubatan kecemasan profesional ketika mereka tidak berada di rumah.

Jelasnya, kesibukan di tempat kerja sememangnya menyukarkan seseorang untuk memberi fokus kepada keluarga di rumah.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dan Ketua Doktor Perubatan Sunsuria Healthcare, Dr Diana Tan.

Kata Leong Yap, Sunsuria akan terus melabur dalam perniagaan penjagaan kesihatan kerana sektor itu memberi banyak manfaat terhadap kesejahteraan sosial masyarakat, di samping berupaya memacu pendapatan berulang untuk syarikat.

Sumber