Solat anugerah hebat kepada umat Islam

Solat anugerah hebat kepada umat Islam

HARI ini merupakan tanggal 27 Rejab. Istimewanya tarikh itu kerana ia merupakan hari berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

Apa itu Israk dan Mikraj? Ia ialah satu lagi mukjizat agung Nabi SAW.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’: 1)

Israk bererti perjalanan Nabi SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin.

Manakala, Mikraj pula bermaksud Nabi ‘dinaikkan’ dari Masjidil Aqsa ke ‘Sidratul Muntaha’.

Baginda melepasi langit yang ketujuh yang berlaku pada sebahagian malam sahaja.

Pelbagai hikmah dipelajari daripada peristiwa yang dipertontonkan kepada kita sepanjang tempoh singkat itu.

Di antara yang menarik dalam peristiwa ini ialah kita dikurniakan anugerah solat yang sangat hebat.

Kenapa ia hebat? Kerana ia merupakan anugerah ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Dengan hanya menunaikan solat lima waktu sahaja, ALLAH menggandakan pahala seperti kita solat 50 waktu!

Masya-ALLAH, benar-benar hebat anugerah ini kepada kita, bukan? Jadi, mengapa perlu malas solat?

Bayangkan, jika tiada solat, apakah lagi cara kita mampu untuk masuk ke dalam syurga ALLAH SWT?

Jika kita berzikir, berapa jam pula kita boleh mengabdikan diri kepada ALLAH?

Begitu juga dengan membaca al-Quran. Barangkali, ada yang baca tetapi berapa ramai yang istiqamah untuk mengaji setiap hari?

Itu hanya dua contoh daripada ibadah yang lain.

Maka, seharusnya kita bersyukurlah kepada ALLAH dengan anugerah solat.

Ia memungkinkan kita masuk ke dalam syurga jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas keran ALLAH SWT.

Berimanlah kepada ALLAH dan Rasulullah SAW dengan peristiwa ini.

Sekurang-kurangnya Israk dan Mikraj memberi nilai tambah kepada pengukuhan keimanan kita.

Seterusnya, meningkatkan solat kita khusyuk kepada ALLAH.

(Sumber: Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *