Skyworld terima pengiktirafan di Anugerah Hartanah Malaysia

Skyworld terima pengiktirafan di Anugerah Hartanah Malaysia

Lee Chee Seng (dua dari kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Lee Chee Seng (dua dari kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

PEMAJU perbandaran terkemuka, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menerima anugerah di Anugerah Hartanah Malaysia 2022 bagi SkyAwani 2 Residences di bawah kategori rumah mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, ia merupakan anugerah pertama SkyWorld di Anugerah Hartanah Malaysia daripada Persekutuan Hartanah Antarabangsa Malaysia (FIABCI).

“Kami sememangnya berbesar hati menerima anugerah berprestij ini daripada FIABCI-Malaysia. Ini adalah anugerah pertama untuk SkyWorld daripada FIABCI-Malaysia dan diharapkan banyak lagi anugerah pada masa akan datang.

“Pengiktirafan SkyAwani 2 Residences di bawah Kategori Perumahan Mampu Milik menjadi bukti komitmen kami dalam menyediakan kediaman berkualiti.

“Kami berikrar untuk terus mengutamakan dan menghasilkan mutu kerja terbaik melalui prinsip Bangunan Sihat, Kehidupan Sihat. Anugerah ini merupakan batu loncatan yang baik untuk pasukan untuk terus memberikan kecemerlangan.

SkyWorld meraikan kemenangan pertama Anugerah FIABCI-Malaysia.

SkyWorld meraikan kemenangan pertama Anugerah FIABCI-Malaysia.

“Selain rumah mampu milik, kami akan terus menumpukan pada pembangunan rumah yang berkualiti di semua projek yang terletak di dalam bandar Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, pihaknya akan berusaha meningkatkan kualiti hidup selaras tujuan syarikat iaitu untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’.

“Saya memuji seluruh pasukan atas kerja berkaliber, masa, dedikasi dan usaha mereka.

“Kami akan terus menunaikan janji menyediakan kediaman yang berkualiti selain merangsang pertumbuhan syarikat untuk memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan kami,” tambahnya.

Chee Seng berkata, FIABCI-Malaysia terkenal kerana menerapkan piawaian luar biasa dan menjadi penanda aras utama dalam industri hartanah Malaysia untuk pengiktirafan projek yang terbaik.

“Anugerah Hartanah Malaysia oleh FIABCI-Malaysia dilihat sebagai pengiktirafan standard untuk pemain industri,” katanya.

Sumber