Siti Nurhaliza kembali jadi duta Vivo?

VIVO Malaysia sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai duta jenama itu dengan memuat naik teaser di laman Facebook rasmi mereka.

Perkhabaran tersebut dibuat selepas penyanyi tersohor negara itu mengadakan persembahan pada acara pelancaran Vivo V11 yang mana secara tidak langsung memberi bayangan Vivo mungkin melancarkan produk baharu selepas berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza untuk Vivo V5 sebelum ini.

Namun, ia belum disahkan oleh pihak Vivo Malaysia.

Maklumat lanjut, boleh layari web rasmi Vivo Malaysia, kedai Vivo, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Vivo Malaysia menerusi satu kenyataannya memberitahu, jenama telefon pintar global yang fokus memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dan fotografi berteknologi canggih itu, mengembangkan produk inovatif dan bergaya bagi pengguna di seluruh dunia.

Vivo kini miliki beberapa pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia, termasuk di AS dan China. Sebagai Penaja Rasmi Piala Dunia FIFAâ„¢, Vivo percaya pada pentingnya menggalakkan golongan muda merangkul ekspresi diri.

Maklumat lanjut layari www.vivo.com/my.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *