Sime Darby Property catat 740 tempahan jualan hartanah

Sime Darby Property catat 740 tempahan jualan hartanah

SIME Darby Property berjaya mencatatkan 740 tempahan untuk hartanah di Lembah Klang dan Johor bernilai RM680 juta, menurut syarikat pemaju itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Katanya, kejayaan tersebut didorong oleh strategi jualan menerusi kempen dalam talian yang dianjurkan bermula dari 25 Mac hingga 5 Julai lepas.

Jelasnya, kempen menyebabkan trafik di laman web mereka sangat tinggi dengan purata lebih dua kali ganda daripada jumlah biasa.

“Kempen dalam talian yang pertama dan mendapat sambutan baik iaitu Online Guided Sales Experience.

“Ia memberikan pengalaman jualan maya menyeluruh kepada pembeli rumah melalui saluran digital,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pembeli yang menyertai kempen berkenaan datangnya dari Lembah Klang dan China.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Azmir Merican berkata, kempen dalam talian membolehkan pembeli memiliki hartanah dengan mudah.

“Kempen dalam talian ini menunjukkan kami dapat melaksanakan pendigitalan dan menyesuaikannya dengan landskap operasi normal baharu.

“Di samping itu, pembeli rumah juga berpeluang menikmati tawaran luar biasa, sekali gus meringankan beban kewangan untuk memiliki rumah,” katanya.



Sumber