SHOPPING DAY Shopee Umum Bintang Global Cristiano Ronaldo sebagai Duta Jenama Terbarunya

SHOPPING DAY Shopee Umum Bintang Global Cristiano Ronaldo sebagai Duta Jenama Terbarunya

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2019 — Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan pakatan kerjasama dengan ikon bola sepak global, Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbarunya. Cristiano Ronaldo akan bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengguna di rantau ini, bermula dengan kempen membeli-belah tahunan utama Shopee, Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, berkata, “Kami dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama kami dengan Cristiano Ronaldo, salah satu atlet paling hebat di zaman kami. Beliau merupakan sumber inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak setanding dengan komitmen kami kepada pengguna kami. Bersama Cristiano Ronaldo, kami berharap untuk membawa kesan positif yang berkekalan bagi rantau kita.”

Cristiano Ronaldo berkata, “Saya bangga menjadi duta jenama Shopee kerana kami berkongsi cita-cita yang sama, iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kepakaran kami. Saya sentiasa memperbaiki permainan saya untuk peminat dan pasukan saya, sama seperti Shopee sentiasa berusaha untuk membawa inovasi demi manfaat pengguna di rantau ini. Saya teruja dengan kerjasama ini dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik istimewa untuk peminat saya bersama dengan Shopee.”

Cristiano Ronaldo sertai 9.9 Super Shopping Day Shopee

Pengumuman oleh Shopee tentang Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbarunya selaras dengan pengembalian kempen membeli-belah tahunan utamanya, 9.9 Super Shopping Day. Cristiano Ronaldo akan menyertai pelbagai inisiatif Shopee untuk mendekatkan lagi pengguna dan peminat di seluruh rantau ini dengan ikon bola sepak global pujaan mereka:

  • Cristiano Ronaldo bintangi iklan TV 9.9 terbaru Shopee: Cristiano Ronaldo akan menjadi bintang utama iklan televisyen baru Shopee yang bakal disiarkan pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.
  • Saksikan Cristiano Ronaldo secara langsung di Shopee: Buat kali pertama di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Cristiano Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live’ Maklumat lanjutakan diumumkan diaplikasi Shopee dan platform media sosial pada masa akan datang.

Saksikan siaran perdana iklan televisyen baru Shopee dengan Cristiano Ronaldo pada 16 Ogos.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di: https://shopee.com.my/shopeexronaldo

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui App Store atau Google Play.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *