Shell Helix HX8 janji prestasi maksimum

Shell Helix HX8 janji prestasi maksimum

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan formula rumusan kelikatan rendah bagi minyak enjin kenderaan ringan iaitu Shell Helix HX8 0W 20.

Produk terkini itu memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini.

Minyak tersebut juga sesuai untuk mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan yang lebih dan merasai kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang tulen daripada Shell.

Shell Helix HX8 0W 20 dengan rumusan teknologi Flexi Molecule menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.

SHELL Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE).

SHELL Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE).

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, kini minyak pelincir berkelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia yang mana banyak syarikat pengeluar kereta telah bertukar kepada produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta yang dikeluarkan dari kilang mereka dan untuk kegunaan servis.

“Shell Helix HX8 baharu menawarkan prestasi premium minyak enjin sintetik sepenuhnya pada harga yang berpatutan supaya pemilik kereta dapat memberikan yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” katanya.

Shell Helix HX8 boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan dengan setiap pek 4 liter dijual sekitar harga bermula RM165 hingga RM200.

Untuk maklumat lanjut, layari https://share.shell.com/consumer/my atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *