Sharp kukuhkan kedudukan dalam pasaran

Sharp kukuhkan kedudukan dalam pasaran

SHARP Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (Sharp) melancarkan konsep Remote Life Sharp bagi mewujudkan pejabat dan bilik darjah pintar yang saling berhubung untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia.

Pengerusi Sharp Electronics (M) Sdn Bhd, Robert Wu berkata, konsep baharu merupakan tarikan utama konvensyen maya yang memberi tumpuan kepada kelancaran komunikasi dan keselamatan pengguna.

“Konsep ini merangkumi tiga penyelesaian kepada tiga bidang utama iaitu Remote Meeting (mesyuarat secara maya untuk perniagaan), Remote Education System (sistem pendidikan maya untuk bilik darjah) dan Remote Lifestyle (gaya hidup secara maya),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Wu berkata, dalam usaha menyokong pemulihan perniagaan dalam rangkaian pengedar, Sharp juga memperkenalkan platform e-dagang baharu eSHARP bagi menyokong pertumbuhan jualan pengedar.

Katanya, platform berkenaan mampu membantu pengedar mereka memperoleh pendapatan dalam talian dan meningkatkan interaksi bersama pelanggan.

“Platform eSHARP kami mewakili konsep perniagaan runcit aras kedua yang membolehkan pelanggan membuat pembelian secara mudah.

“Pada masa sama, ia juga mengukuhkan kedudukan rangkaian pengedar sah kami serta menyokong perniagaan mereka,” katanya.

Turut dilancarkan rangkaian produk baharu termasuk TV Big Aquoas dan peralatan rumah.Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut bekerjasama dengan Bacfree bagi memperkenalkan rangkaian pembersih, penyaman dan penyejuk udara dilengkapi teknologi Plasmacluster.



Sumber