Sentuhan etnik Tusan dalam Kenzo

Sentuhan etnik Tusan dalam Kenzo

Koleksi unik itu yang dipentaskan di Paris itu mempunyai kisahnya tersendiri apabila membawakan nilai sentimental khazanah tekstil etnik Tusán yang dahulunya berasal dari wilayah Guangdong, China sebelum memilih menetap di Peru pada abad ke-19.

Secara asasnya, Kenzo Fall Winter kali ini mengetengahkan pelbagai rona warna dengan menggabungkan konsep realiti kontemporari dengan tekstil etnik berkenaan.

Selain itu, Pengarah Kreatif koleksi berkenaan, Humberton Leon dan Carol Lim turut mereka busana formal dan harian buat si lelaki meskipun baru-baru ini, mereka menggegarkan arena fesyen apabila mengumumkan u ntuk menarik diri dalam dunia fesyen.

Berbalik kepada idea yang telah dicetuskan, keduanya telah memartabatkan karya pelukis agung dari Peru, Pablo Amaringo dengan menterjemahkan ke dalam busana terbaharu Kenzo.

Keunikan sentuhan mereka lebih terserlah apabila menerapkan rona warna feminisme dan diselitkan sekali dengan hiasan ala ketenteraan.

Transformasi reja fabrik yang bercirikan motif kolar keselamatan, fabrik jejaring yang boleh diterbalikkan dan sarung tangan yang boleh ditanggalkan menjadi keunikan koleksi Fenzo Fall Winter 2019.

Berbeza dengan rekaan pakaian wanita yang lebih kepada penggunaan fabrik rajut dan nilon kalis air, kreativiti busana si jejaka pula lebih kepada jaket puffer dan ponchos merah jambu dipadankan dengan kemeja workwear.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *