Sentimen pelabur heret penyusutan ringgit berbanding dolar AS

Sentimen pelabur heret penyusutan ringgit berbanding dolar AS

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.

RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemelut berkaitan had paras hutang AS itu kekal ketara berikutan terdapat segelintir anggota Republikan Kongres itu yang tidak bersetuju dengan persetujuan berkaitannya.

Sehubungan itu, beliau berkata, risiko mengenai kemungkinan penangguhan dalam mencapai keputusan terbabit sememangnya tidak boleh dinafikan.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.6105/6155 berbanding dolar AS daripada 4.6005/6045 pada akhir urus niaga semalam.

Mohd Afzanizam berkata, susulan isu itu, kalangan penggiat pasaran pertukaran asing lebih bersikap untuk bertahan atau enggan mengambil sebarang tindakan yang hanya meningkatkan lagi permintaan terhadap dolar AS.

“Oleh itu, proses undian Kongres AS itu pada lewat hari ini akan menjadi tumpuan ramai kerana menentukan sama ada kemelut ini benar-benar dapat berakhir,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga percaya gandingan dolar AS/ringgit berkemungkinan kekal di paras RM4.60 berikutan ketiadaan petunjuk jelas mengenai hasil undian tersebut.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6986/7048 daripada 5.7129/7179 semalam, mengukuh berbanding euro pada 4.9208/9261 daripada 4.9327/9369 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2951/2989 daripada 3.2821/2852.

Namun, ringgit sebaliknya diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Unit tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/307.9 daripada 306.9/307.4; susut berbanding baht Thailand pada 13.2440/2641 daripada 13.2251/2427 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.22 daripada 8.16/8.17.

Ringgit bagaimanapun mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.4036/4075 daripada 3.4035/4070, sebelum ini. – Bernama

Sumber