Seleksi tepat kasut bola

Seleksi tepat kasut bola

BOLA sepak cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia dan pastinya sukan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum.

Perasan atau tidak, lazimnya mata kita pasti akan terarah pada kaki pemain yang tangkas menggelecek bola.

Bukan itu sahaja, itulah salah satu aksi yang dinanti penonton yang sentiasa mendambakan permainan terbaik untuk dikenang.

Memang tidak dinafikan, perkara penting yang perlu dipertimbangkan setiap pemain adalah pemilihan kasut bola yang tepat.

Menurut Pengurus Besar Prestige Sport Sdn Bhd, Norita Mohd Noor, bola sepak merupakan salah satu keutamaan Lotto dan akan memastikan reka bentuk dan keselesaan yang tiada tandingan.

“Kasut bola Lotto direka untuk pemain yang ingin mencipta semula permainan, menentukan rentak dan menulis semula peraturan.

“Ia mempunyai teknologi Puntoflex yang terkini yang berupaya memberikan fleksibiliti dan pulangan elastik yang sangat baik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebagai tambahan untuk fleksibiliti, kasut bola sepak Lotto juga mempunyai Enerturn dan Reactive Gel iaitu sistem penyerapan menggunakan bahan elastik berganda dan padat.

“Inovasi itu mampu menyebarkan daya impak negatif dan mengembalikan tenaga terkumpul kepada pemain,” katanya.

PILIHAN kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

PILIHAN kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

Berikut perkongsian Lotto mengenai tip pemilihan kasut yang ideal untuk prestasi maksimum di padang:

Permukaan permainan atau padang

Sebelum mula memikirkan tentang jenis kasut, tetapkan dahulu jenis permukaan padang kerana memakai kasut yang salah pada permukaan yang tidak betul, boleh melemahkan prestasi permainan.

Lebih buruk, ia boleh menyebabkan kecederaan serius.

Permukaan padang boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu:

a) Kawasan kejiranan atau padang lapangan:

Permukaan seperti itu selalunya menjadi pilihan untuk pemain di kawasan yang kerap hujan.

Pilihan kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

Stud di kasut juga boleh ditukar oleh pemain jika mahu.

b) Stadium bola:

Ia merupakan permukaan rumput semula jadi yang mana lokasinya tiada hujan secara kerap.

Lokasi profesional yang mana kasut yang tepat perlulah lebih tahan lasak dan juga mempunyai stud untuk cengkaman lebih kuat ketika bermain.

c) Turf:

Rumput buatan adalah permukaan serat sintetik yang dibuat seperti rumput semula jadi.

Ia paling kerap digunakan di arena sukan atau biasanya dimainkan di kawasan rumput.

d) Padang tertutup:

Direka untuk sebarang jenis permainan bola sepak tertutup.

Kedudukan pemain

  • Untuk memastikan kedudukan dan gaya permainan, semua individu mempunyai gaya dan pendekatan yang berbeza.
  • Penjaga gol memerlukan kasut yang menawarkan keupayaan untuk bergerak dengan cepat dan pada masa sama, melakukan pertahanan dengan baik.
  • Pemain pertahanan pula memerlukan kasut yang memberi perlindungan bagi membolehkan passing dibuat dengan baik.
  • Pemain tengah pula perlu memilih kasut tepat yang mampu menawarkan kawalan dan keupayaan untuk berlari di padang selama 90 minit dengan selesa.
  • Bagi pengadang tepi, posisi itu memerlukan kasut yang ringan dan berupaya untuk menukar arah dengan cepat.
  • Sementara, pemain hadapan pula memerlukan kasut yang mempunyai berat minimum tetapi mampu memberi gerakan kuat untuk memulakan sepakan permulaan.

KASUT bola Lotto direka untuk pemain yang ingin mencipta semula permainan, menentukan rentak dan menulis semula peraturan.

KASUT bola Lotto direka untuk pemain yang ingin mencipta semula permainan, menentukan rentak dan menulis semula peraturan.

Saiz

  • Saiz kasut tidak terlalu besar atau kecil. Penting bagi pemain untuk memilih kasut yang sesuai mengikut saiz kerana kasut yang tepat akan membantu permainan berjalan dengan lancar.
  • Berikut adalah beberapa tip untuk memilih saiz yang betul:
  • Peraturan umum adalah untuk mempunyai ruang 1/4 atau 1/2 inci antara jari kaki dan bahagian atas kasut.
  • Jika pemain mempunyai ruang lebih daripada itu, saiz kasut adalah terlalu besar.
  • Jika jari kaki menekan ke atas kasut, ia adalah terlalu ketat, jadi cuba cari saiz yang lebih besar sedikit.

Pertimbangkan material yang digunakan

  • Sekiranya sebahagian besar permainan berdasarkan pada kelajuan, cari sepasang kasut yang lebih ringan yang diperbuat daripada bahan sintetik.
  • Bagaimanapun, jika pemain merupakan pemain pertahanan atau bermain di bahagian tengah, dapatkan sepasang kasut yang menggunakan kulit semula jadi kerana ia menawarkan lebih banyak perlindungan.
  • Jika tidak pasti di mana lokasi untuk memulakan sepak bola, belilah sepasang kasut asas untuk rumput dengan acuan kelopak plastik.
  • Itu merupakan kasut yang paling serba boleh di rumput, padang berlumpur ataupun rumput buatan.

KASUT yang tepat perlulah lebih tahan lasak dan juga mempunyai stud untuk cengkaman lebih kuat ketika bermain.

KASUT yang tepat perlulah lebih tahan lasak dan juga mempunyai stud untuk cengkaman lebih kuat ketika bermain.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *