AGODA, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia, berkongsi enam perkara yang boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan keunikan negara Malaysia.
1. Syurga kulinari
Khabarnya, rakyat Malaysia hanya makan sekali dalam sehari – bermula pada waktu pagi dan tidak terhenti sehingga waktu tidur! Walaupun ia agak tidak masuk akal, tetapi sebilangan besar rakyat Malaysia pasti boleh memahami perkara yang unik ini. Makan sememangnya satu perkara yang mengujakan rakyat Malaysia. Sebuah negara yang diberkati dengan pelbagai restoran yang dibuka 24 jam, Malaysia adalah satu syurga kulinari yang mempamerkan pelbagai cita rasa dan makanan istimewa semua etnik.
Untuk campuran budaya yang meriah, terokailah George Town – ibu negeri Pulau Pinang di mana gerai makanan di jalanan menjadi tarikan utama penduduk tempatan serta pelancong asing. Daftar masuk ke Seven Terraces Hotel, sebuah hotel yang diubahsuai daripada deretan rumah Anglo-Cina yang dibina pada kurun ke-19 dan kini dihiasi dengan perabot Peranakan Cina yang mewah. Hotel ini terletak berhampiran Jalan Chulia yang terkenal dengan gerai-gerai makanan tempatan yang menarik.
2. Nikmatilah “Raja Segala Buah”
Di Malaysia, durian dinobatkan sebagai “Raja Segala Buah-buahan”. Dengan aromanya yang kuat dan rasanya yang unik, durian terkenal sebagai ikon budaya serta merupakan makanan istimewa di negara ini. Di antara 134 jenis durian yang berdaftar [https://www.yearofthedurian.com/category/durian-destinations/malaysia], Musang King, D24 dan XO yang boleh didapati di Malaysia adalah varian yang paling popular. Maka tidak hairanlah terdapat permintaan tinggi untuk buah durian bukan saja dari dalam negara, malah dari China dan negara jiran lain.
Kembaralah ke bandar Raub, di negeri Pahang pada musim durian yang bermula dari Jun sehingga Ogos. Jadikan Casabrina Vacation Villas, sebuah vila yang indah dan tenang yang dikelilingi oleh rimbunan pokok-pokok yang menghijau sebagai tempat penginapan anda. Selain daripada mendapatkan buah durian yang terbaik, anda juga boleh menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini seperti berakit arus deras dan trekking dalam misi mencari Rafflesia, bunga yang terbesar di dunia.
3. Ipoh pengeluar bakat popular
Terdapat ramai juga selebriti bertaraf antarabangsa yang berasal dari Malaysia. Antara mereka ialah pelakon veteran TVB, Mimi Chu; Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon sensasi yang memainkan watak ibu dan wanita kaya dalam filem blokbuster Hollywood; dan Datuk Jimmy Choo, pengasas jenama fesyen mewah yang menjadi kegilaan bintang-bintang Hollywood. Antara mereka, dua daripada selebriti ini adalah anak kelahiran Ipoh.
Bandaraya Ipoh adalah sebuah lokasi percutian yang unik dan wajib diterokai. Kunjungilah HomestayIpoh – Octogon untuk percutian hujung minggu bagi menikmati aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di bandar raya ini.
4. Satu bahasa menghubungkan semua bahasa
Kepada pelancong asing, “bahasa rojak” mungkin adalah sesuatu yang pelik dan mengelirukan. Hanya di Malaysia anda berpeluang mendengar penggunaan empat jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Tamil serta Inggeris dalam satu ayat. Apa yang unik adalah bahasa campuran ini dapat difahami oleh majoriti rakyat tempatan, dan seterusnya menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia.
Anda boleh dengari perbualan tersebut di lokasi santai seperti di taman-taman selera. Salah satu taman selera yang terkenal pusat bandar raya Kuala Lumpur terletak di Jalan Alor. Alami sendiri penggunaan “bahasa rojak” sambil menikmati hidangan tempatan yang enak di sini. Bermalamlah di Kuala Lumpur Journal Hotel yang tidak jauh dari tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Kuala Lumpur.
5. Kirimkan surat dari dasar laut
Perkembangan teknologi sumber maklumat telah menghasilkan internet kelajuan tinggi, sistem pesanan ringkas dan kewujudan emel. Namun, semua itu tidak dapat dibandingkan dengan keterujaan ketika menerima sepucuk surat atau nota tulisan tangan. Di Malaysia, walau ke hujung dunia, atau ke dasar laut, anda masih boleh mengirim sepucuk surat kepada yang tersayang!
Terdapat bukan satu, malah DUA peti surat yang berfungsi di dasar laut untuk anda kirimkan surat atau poskad kepada sesiapa sahaja di serata dunia. Salah satunya terletak di Pulau Mataking, permata Laut Sulawesi di pinggiran pantai timur Sabah. Terkenal di kalangan penyelam dan pelancong, pulau ini adalah tempat pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat ‘Pejabat Pos Di Dasar Laut’ yang juga dikenali sebagai ‘Pos Kapal Karam’. Menginaplah di the Reef Dive Resort, sebuah tempat peranginan indah yang tersembunyi. Ia juga adalah pintu masuk ke alam bawah laut yang mengagumkan. Hantarkanlah surat bawah laut pertama anda dari sini!
6. Bagaikan di puncak dunia
Dengan ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu adalah salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan Malaysia. Pendakian ke puncak biasanya mengambil masa dua hari satu malam. Segala penat lelah semasa pendakian pasti akan hilang tatkala menyaksikan terbitan matahari di puncak gunung! Kepada yang lebih gemarkan aktiviti santai pula, menginaplah di Spring Garden villa di Kundasang, di mana anda boleh nikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang tidak terhalang. Villa ini juga terletak tidak jauh dari Taman UNESCO Kinabalu yang menjadi habitat kepada sehimpunan besar flora dan fauna. #sihataktif #jomrelaks