Segeralah beramal sebelum datangnya 7 perkara

Segeralah beramal sebelum datangnya 7 perkara

SERINGKALI kita dengar orang berkata tentang kematian yang pasti akan tiba bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ALLAH SWT.

Namun, bila dan di mana kita meninggalkan dunia ini, tiada siapa yang tahu.

Apa yang pasti, segala bekalan amalan kita di dunia ini akan dihitung untuk kesenangan kita di alam akhirat nanti yang kekal buat selama-lamanya.

Justeru, jangan mensia-siakan waktu yang masih tersisa sebelum datang penyesalan yang tidak berguna lagi.

Perbanyakanlah istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana seseorang muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan perintah Sang Pencipta.

Namun, perlu diingat bahawa kita hendaklah beramal sebelum datangnya tujuh perkara ini:

1. Kefakiran yang akan melupakan kamu daripada kewajipan.

2. Kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas.

3. Penyakit yang membinasakan sehingga sukar untuk beramal soleh.

4. Masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran.

5. Kematian yang cepat dan secara tiba-tiba.

6. Kemunculan Dajal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu.

7. Hari kiamat yang sangat mengerikan.

Ia sebagaimana hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba) atau adanya Dajal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar.” (Riwayat At-Tirmizi, Al-Hakim & al-Tobrani)

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *