Scan & Shop mudahkan pelanggan Tesco

Scan & Shop mudahkan pelanggan Tesco

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) melancarkan aplikasi Scan & Shop di semua cawangannya pada separuh pertama tahun ini untuk menjadikan perkhidmatannya lebih mesra digital.

Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap berkata, aplikasi Scan & Shop memberi manfaat penjimatan wang kepada pelanggan kerana ia membolehkan mereka menjejaki jumlah nilai barangan dalam bakul atau troli sebelum membuat pembelian.

“Penyediaan aplikasi Scan & Shop di cawangan Tesco menawarkan kemudahan yang boleh mempercepatkan tugasan beli-belah kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, sebaik sahaja selesai memilih barangan dikehendaki, pelanggan boleh pergi terus ke kaunter, sediakan kod bar yang dihasilkan aplikasi Scan & Shop dan bayar tanpa perlu mengeluarkan barang dari bakul atau troli mereka.

“Scan & Shop membolehkan pelanggan melihat dan menentukan jumlah nilai barangan di dalam bakul atau troli mereka menerusi aplikasi sebelum membuat pembelian mereka.

“Kami berharap teknologi ini boleh membantu mereka mengurangkan masa dan kesesakan di cawangan kami terutamanya pada waktu puncak,” katanya.

Vivian berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store Apple.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *