Satu Malam, Empat Kugiran Terbaik Malaysia Di Atas Satu Panggung Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Buat Jiwa Anda Kacau!

Satu Malam, Empat Kugiran Terbaik Malaysia Di Atas Satu Panggung Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Buat Jiwa Anda Kacau!

Tiada yang lebih gila daripada empat kumpulan, masing-masing dengan inspirasi mereka sendiri, membuat persembahan serentak di atas pentas! Empat kumpulan Hujan, Bunkface, Insomniacks ​​dan Masdo akan membuat persembahan bersama dalam persembahan yang dianjurkan khusus oleh MND Sport & Event Sdn Bhd untuk “memecahkan pentas,” “mendidih adrenalin,” dan “menggerakkan semangat anda.”

Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas  sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka  menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga.

Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya dengan berbesar hati menganjurkan  Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati,  Shah Alam Selangor.

Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa  Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat  pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan.

“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks &  Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan  kugiran ini dalam genre masing-masing,

“Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk  jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada  pada mereka.

“Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi  Konsert Jiwa Kacau yang akan dilaksanakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati, Shah  Alam,” ujar Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event.

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan  akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa  Kacau akan membuat peminat mereka ‘gila’.

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang  memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene  Indie di Malaysia.

“Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih  pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang  dimainkan. 

“Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini  bergabung, pihak kami percaya peminat akan ‘naik gila. Dan harapan kami agar konsert ini  memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,”  katanya lagi.

Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran ‘gila’ yang  datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.

Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat  teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti.

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan  Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’!

 “Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana  karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri  muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface.

Bagi Insomniacks yang membuat peminat ‘kacau’ lewat lagu mereka seperti Kepala Batu,  Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah  mimpi yang menjadi realiti.

“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil  tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan,  Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup  dalam industri,” kata Insomniacks.

Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1  (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023  melalui www.myticket.asia.

Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana  kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks &  Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana!

INFORMASI

Konsert Jiwa Kacau

Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam

Tarikh: 17 Jun 2023

Harga Tiket:

1. General Admission – RM165

2. VIP seating – RM255

3. CAT 1 – 235

4. CAT 2 – 165

5. CAT 3 – 75

6. Meet & Greet Pass – RM488

Platform pembelian:

www.myticket.asia

Tiket mula dijual:

Jumaat, 24 Mac 2023, 2.30 petang