Dalam merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya meneruskan tradisi sambutan kemerdekaan dengan kempen bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”. Kempen ini akan berlangsung dari 23 Ogos hingga 16 September 2024, dan bertujuan menarik pelbagai lapisan pelanggan untuk bersama-sama merayakan semangat kemerdekaan.
Alamanda Putrajaya mengundang pelanggan untuk menyemarakkan semangat “Jiwa Merdeka” melalui pelbagai ganjaran menarik. Antara ganjaran yang ditawarkan:
- Ganjaran Merdeka: Pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas dengan dua resit daripada kedai terpilih akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67.
- Ganjaran ‘High Spenders’: Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai RM50, serta baju-T edisi terhad Merdeka sebagai tambahan insentif.
- Cabutan Bertuah: Tiga pelanggan bertuah berpeluang memenangi RM670 dalam Baucar Beli-Belah Alamanda, menjadikan sambutan Merdeka mereka lebih bererti.
Untuk menambah suasana patriotik, Alamanda akan dihiasi dengan Jalur Gemilang. 500 pembeli pertama pada Hari Merdeka akan menerima bendera Jalur Gemilang mudah alih sebagai penghargaan, memupuk semangat cinta negara di pusat membeli-belah.
PUSAT BELI-BELAH MESRA
Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu turut menyertai kempen Merdeka dengan tema yang sama, ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Kempen ini berlangsung dari 26 Ogos hingga 16 September 2024 dan akan menampilkan pelbagai tawaran istimewa serta aktiviti menarik untuk menghidupkan semangat Merdeka.
- Ganjaran Merdeka: Pelanggan yang berbelanja RM350 ke atas dengan dua resit dari kedai terpilih akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67 sebagai tanda ingatan.
- Aktiviti Menarik: Pada 31 Ogos 2024, Pusat Beli-Belah Mesra akan mengadakan pemberian pin, lencana Jalur Gemilang, dan belon secara percuma, untuk berkongsi semangat Merdeka dengan komuniti.
- Kempen VIKids: Dari 12 hingga 16 September 2024, kempen VIKids kembali dengan rangkaian aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak. Pelanggan yang berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit di kedai terpilih berpeluang menebus set tanah liat premium. Pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Basikal Patriotik (12 September), Pertandingan Kostum Pahlawan (14 September), dan Pertandingan Mewarna Wau (15 September) akan diadakan dengan hadiah menarik untuk memupuk kreativiti dan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak.
“Kempen Merdeka dan VIKids di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra menggambarkan prinsip ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’.
Sempena ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara, kami berbesar hati menawarkan aktiviti dan ganjaran yang mempromosikan kesepaduan keluarga, menghormati nilai-nilai kebangsaan, dan memperkukuhkan semangat patriotisme.
Kami mengundang semua pengunjung untuk menyertai kami dalam sambutan meriah ini, memperkukuhkan perpaduan, memahami nilai kebebasan, dan merayakan semangat kemerdekaan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.