Samak kasut bila terpijak bekas tapak kaki anjing?

Samak kasut bila terpijak bekas tapak kaki anjing?

HAZRAN Muhammad, 27, tinggal di sebuah kawasan perumahan yang boleh dikatakan hampir setiap hari ada anjing berkeliaran.

Bagi beliau, agak sukar untuk mengelak dirinya daripada terpijak bekas tapak kaki anjing atau tempat haiwan itu ‘melepak’.

Perkara itu benar-benar menggusarkan hatinya.

Mana tidaknya, setiap hari, beliau terpaksa melalui jalan berkenaan terutama untuk ke kenderaannya yang diparkir agak jauh daripada kediamannya.

Di benaknya mula terfikir, adakah beliau perlu menyamak selipar atau kasut yang digunakannya?

Pada asalnya, anjing dan khinzir dianggap sebagai najis mughalazah (berat) dalam Mazhab Syafie.

Cara untuk menyucikannya adalah dengan tujuh kali basuhan air yang mana salah satunya menggunakan air yang dicampur dengan tanah seperti hadis sahih riwayat al-Bukhari.

Pembersihan itu dilakukan apabila najis jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.

Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqhiyyah menyatakan: “Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan”.

Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna.

Adapun, bekas tapak kaki atau kawasan ia bermain atau tempat berteduh yang sukar dielak kecuali melaluinya termasuk dalam perkara umum balwa iaitu perkara yang sukar dielakkan.

Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disamak.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *