S P Setia menang anugerah

S P Setia menang anugerah

Team Setia yang hadir untuk meraikan kejayaan The Edge Property Excellence Awards 2022.

Team Setia yang hadir untuk meraikan kejayaan The Edge Property Excellence Awards 2022.

S P Setia Bhd (S P Setia) berada pada kedudukan pertama dengan memenangi anugerah The Edge Top Property Developers Awards 2022 di majlis The Edge Property Excellence Awards pada Rabu.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu menilai pemain hartanah negara berdasarkan kuantitatif mereka termasuklah prestasi kewangan dan kualitatif yang menilai kualiti produk pemaju, inovasi dan kreativiti, penciptaan nilai untuk pembeli, penjenamaan dan kepakaran.

S P Setia juga dianugerahkan Qualitative Attributes Awards pada majlis itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, S P Setia berbesar hati menerima anugerah itu dan ia adalah usaha sama semua pihak.

“Kejayaan ini dicapai kerana dedikasi Team Setia yang memberikan 100 peratus dan mementingkan semangat berpasukan untuk mendepani cabaran pandemik,” katanya dalam satu kenyataan.

Kai Wai berkata, kejayaan itu adalah motivasi kepada mereka untuk memberikan pendekatan yang lebih baik kepada pelanggan menerusi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk memberikan lebih nilai kepada pembeli rumah dan pihak berkepentingan.

Dengan kemenangan ini, SP Setia adalah satu-satunya pemaju hartanah Malaysia yang memenangi tempat pertama untuk The Edge Top Property Developers Awards untuk kali ke-14.

Sumber