Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion (AS$1=RM4.48) sehingga 15 Ogos.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion (AS$1=RM4.48) sehingga 15 Ogos.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$110.9 bilion (AS$1=RM4.48) sehingga 15 Ogos, 2022 daripada AS$109.2 bllion yang dicatatkan pada 29 Julai lepas.

Kedudukan rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya hari ini, komponen utama rizab antarabangsa terbabit adalah rizab mata wang asing (AS$98.5 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM488.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM33.61 bilion).

Selain itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM168.77 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.38 bilion), deposit institusi kewangan (RM173.78 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM10.22 bilion), deposit lain (RM12.32 bilion), kertas Bank Negara (RM7.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion). – Bernama

Sumber