Rizab antarabangsa BNM AS$115.6 bilion pada akhir Mac

Rizab antarabangsa BNM AS$115.6 bilion pada akhir Mac

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.6 bilion pada 31 Mac, 2022.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Sebelum ini, BNM mengumumkan rizab antarabangsa setakat pertengahan Mac berjumlah AS$115.2 billion. – Bernama

Sumber