Rizab antarabangsa BNM AS$104.5 bilion pada 14 Oktober

Rizab antarabangsa BNM AS$104.5 bilion pada 14 Oktober

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing (US$92.6 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas ((US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$3 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM484.62 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM46.57 bilion).

Bank pusat itu berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM151.79 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.63 bilion), deposit institusi kewangan ((RM168.61 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.16 bilion), deposit lain (RM34.49 bilion), kertas Bank Negara (RM10.02 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.84 bilion). – Bernama

Sumber