Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$115.8 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$115.8 bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.8 bilion pada 15 Februari 2022 berbanding AS$116.1 bilion pada akhir bulan lepas.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” menurut bank pusat dalam kenyataan pada Selasa.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.4 bilion), kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.7 bilion).

Bank pusat berkata, ia terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM482.23 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM880.42 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.33 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM71.34 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM175.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM153.93 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.85 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.34 bilion), deposit lain (RM5.56 bilion), kertas Bank Negara (RM7.28 bilion), peruntukan SDR (RM28.15 bilion) dan liabiliti lain (RM5.66 bilion). – Bernama

Sumber