Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9.11 pagi Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.1800/1835 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 yang dicatatkan pada akhir urus niaga pada Khamis.

Setakat pagi Jumaat, harga minyak mentah Brent yang juga merupakan penanda aras global menokok 0.18 peratus kepada AS$91.27 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1104/1132 daripada 3.1007/1021 pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7865/7905 daripada 4.7207/7224, sebelum ini.

Berbanding pound Britain, unit tempatan itu susut kepada 5.6890/6937 daripada 5.6716/6736 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6370/6400 daripada 3.6458/6474. – Bernama

Sumber