Ringgit ditutup rendah, ketidaktentuan sistem perbankan global

Ringgit ditutup rendah, ketidaktentuan sistem perbankan global

Ringgit akhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis. Foto hiasan

Ringgit akhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis. Foto hiasan

RINGGIT mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan ketidaktentuan berlanjutan mengenai sistem perbankan global, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.5005/5055 berbanding dolar AS daripada 4.4810/4870 ketika ditutup pada Rabu.

Penganalisis berkata, pasaran pertukaran mata wang asing Asia terjejas ekoran ketidaktentuan yang berpunca daripada kebimbangan mengenai tahap kewangan satu daripada bank terbesar dunia, Credit Suisse, dan isu berterusan yang dihadapinya.

Beliau berkata, buat masa ini pasaran sedang menumpukan sebarang kenyataan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan dengan dasar monetarinya bagi beberapa bulan akan datang.

“Keputusan berhubung kadar faedah akan datang hanya akan dibuat pada Rabu depan dan kemungkinan pasaran menjadi sedikit tidak berubah sehingga ia diputuskan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.4330/4390 daripada 5.4292/4364 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3866/3909 daripada 3.3405/3453.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.7777/7830 daripada 4.7853/7917.

Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara Asean.

Unit tempatan lemah berbanding baht Thailand kepada 13.0737/0947 daripada 12.9415/9675 semalam dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 292.30/292.90 daripada 291.20/291.80.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3399/3438 daripada 3.3291/3341 pada Rabu dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.15/8.17. – Bernama

Sumber