Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur beralih kepada aset selamat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.4190/4220 daripada paras penutup 4.4170/4185 pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, para pelabur berhati-hati susulan data inflasi yang terhakis dan pandangan yang berubah dengan pantas dalam pasaran kewangan pada Isnin telah membuka ruang kepada peningkatan faedah mata peratusan tiga-suku yang lebih besar dari jangkaan apabila Rizab Persekutuan AS bermesyuarat minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3496/3533 daripada paras penutup 5.3892/3910 pada Isnin dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1771/1797 daripada 3.1770/1783.

Ringgit juga turun berbanding yen Jepun kepada 3.2921/2948 daripada 3.2830/2844 pada Isnin tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6108/6139 daripada 4.6211/6226. – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber