Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

NILAI ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.3995/4035 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.4065/4120.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.67 peratus menjadi 101.522 mata selepas indeks harga pengguna (IHP), iaitu pengukur utama inflasi lebih rendah pada 5.0 peratus tahun ke tahun berbanding anggaran konsensus 5.2 peratus.

Sementara itu, IHP Teras adalah sejajar dengan anggaran konsensus 5.6 peratus, katanya kepada Bernama.

“Data terbaharu untuk IHP AS memberi sokongan kepada ringgit dan mata wang tempatan boleh didagangkan antara RM4.39 hingga RM4.40 hari ini,” katanya.

Beliau menambah, hasil Perbendaharaan AS dua tahun yang berkait rapat dengan Kadar Dana Fed turun enam mata asas kepada 3.96 peratus, sekali gus mencadangkan bahawa Fed mungkin akan berehat seketika dalam kempen kenaikan kadar mereka tidak lama lagi.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8403/8447 daripada 4.8159/8219 pada penutupan Rabu, lemah berbanding pound Britain kepada 5.4959/5009 daripada 5.4716/4784 dan turun berbanding Jepun kepada 3.3037/3069 daripada 3.2943/2987 semalam.

Berbanding mata wang Asean pula, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina pada 7.97/7.99 daripada 7.98/7.99 pada penutup Rabu dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 295.60/296.00 daripada 296.00/296.60.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura pada 3.3136/3169 daripada 3.3104/3150 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8923/9108 daripada 12.8657/8874 sebelumnya. – Bernama

Sumber