Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka tinggi kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir lima bulan berbanding dolar AS, didorong oleh dana global yang mencari hasil.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.2110/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2230 dicatatkan pada 6 petang pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata, dari perspektif hasil yang nyata, sekuriti kerajaan Malaysia menonjol, dijangka meningkatkan permintaan terhadap ringgit, yang mencatatkan prestasi baik daripada kenaikan harga minyak dan beta stabil unit tempatan kepada renminbi China.

Beliau juga berkata, mata wang tempatan dapat menguji paras trend 4.175 tidak lama lagi dan kemungkinan hasil positif yang rendah daripada rundingan perdagangan AS-China.

Berbanding sekumpulan mata wang, ringgit diniagakan tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0560/0601 daripada 3.0619/0646 semasa ditutup semalam dan naik berbanding yen kepada 3.9631/9689 daripada 3.9661/9701.

Berbanding pound, unit tempatan meningkat kepada 5.4944/5018 daripada 5.5046/5106 dan naik berbanding euro kepada 4.9690/9758 daripada 4.9709/9760 sebelum ini.- Bernama



Sumber