Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini dengan mata wang Amerika Syarikat itu terus kukuh ketika pendirian dasar Bank Pusat Eropah (ECB) menyokong kadar faedah rendah.

Pada jam 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1180/1240 daripada 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata pasaran terus menyuarakan sokongan kadar faedah rendah ECB melalui dolar AS yang kukuh.

“Ringgit diniagakan berbanding dolar AS dalam julat biasa dengan kekurangan faktor dorongan dan tarikan untuk menguji kedua-dua julat itu.

“Pasaran kini melihat kepada mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang akan bermula pada Selasa dan rundingan perdagangan AS-China yang bermula sekali lagi pada minggu ini untuk petunjuk hala tuju yang seterusnya,” katanya.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0072/0120 daripada 3.0091/0118 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.5854/5937 daripada 4.5879/5920.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.0968/1063 daripada 5.1211/1265, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.7975/8034 daripada 3.7905/7936 sebelum ini.- Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *