Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi sebaliknya diniagakan tinggi berbanding mata wang lain, disokong oleh permintaan daripada para pelabur susulan langkah kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman untuk meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2400/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika direkodkan pada penutup Khamis.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti sambutan Aidiladha.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS selepas Rizab Persekutuan AS mengulangi janji untuk mengehadkan kerosakan yang dicetuskan pandemik COVID-19 dengan lonjakan kes-kes baharu telah menjejaskan pemulihan ekonomi negara itu.

Sementara itu, ringgit turut memantau harga minyak mentah yang rendah. Minyak mentah diniagakan pada AS$43.32 setong, susut 0.46 peratus.

Berbanding pound Britain, unit tempatan itu merosot kepada 5.5421/5508 daripada 5.5102/5176.

Bagaimanapun, berbanding dolar Singapura, ia mengukuh kepada 3.0796/0851 daripada 3.0806/0849 dan meningkat kepada 3.9917/9977 daripada 4.0350/0400 apabila dibandingkan dengan yen Jepun.

Berbanding euro pula, ringgit mengembang kepada 4.9816/9891 daripada 4.9826/9882. – Bernama



Sumber