Ringgit dibuka agak rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka agak rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dibuka agak rendah berbanding dolar AS pagi Isnin kerana kekurangan minat belian.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1775/1805 daripada dolar AS berbanding 4.1760/1795 penutup Jumaat.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, aliran masuk saham serantau dijangka kekal berikutan kebimbangan berterusan konflik Rusia-Ukraine yang boleh menjejaskan mata wang tempatan melalui penghindaran risiko dan peralihan ke aset yang lebih selamat seperti emas dan komoditi lain.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0640/0665 daripada 3.0715/0745 pada Jumaat tetapi susut berbanding yen kepada 3.6317/6346 daripada 3.6178/6211.

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.5151/5191 daripada 5.5558/5604 dan naik berbanding euro kepada 4.5393/5425 daripada 4.5994/6033. – Bernama

Sumber